Pada hari Jumaat lepas, salah sorang kawan ofis aku, Izzani namanya telah membuat keputusan untuk meninggalkan ofis ini dan berhijrah ke ofis yang lain. Hari Jumaat tu kira dia punya last day-lah kat sini. Jadi, kami satu ofis collect duit lebih kurang RM10 sorang untuk buat beli makan-makan sikit sempena sambutan farewell buat Izzani. Dengar khabarnya diorang nak beli pizza. Tapi sayang sejuta kali sayang, aku pulak petang tu ada meeting hangat kat Sg Besi dengan klien. Maka tak dapatlah aku nak join majlis farewell yang diadakan tu.
Izzani di ofis. |
Apa-apa pun, aku mendoakan yang terbaik buat Izzani yang memang terkenal dengan semangat dan dedikasinya ketika bekerja. Boss dah pujuk-pujuk pun dia tetap nak pergi jugak. Tak apalah, untuk kebaikan masa depannya sendiri. Semoga berjumpa lagi di lain masa. Adios!
No comments:
Post a Comment