Walaupun aku suka makan tempe, tapi aku tak boleh makan tempe. Ini adalah kerana Tempe adalah nama salah seekor kucing yang kami bela. Selain Tempe, nama kucing-kucing kami yang lain ialah Carrie, Guard, Snowie, Spottie, dan Isabell. Kucing-kucing yang berenam ekor ini telah kami kurung dalam sangkar sejak usianya baru beberapa hari, dan sebesar dua jari, sehinggalah saiznya besar macam kucing dewasa. Akhirnya pada hari Sabtu lepas, kami telah memutuskan untuk membebaskan keenam-enam kucing yang telah kematian ibunya tempoh hari, dan membiarkan mereka bebas bermain di sekeliling rumah dengan riang rianya.
|
Ini Tempe. Aku yang bagi nama. |
|
Tempe yang paling selalu nak keluar kandang. |
Kenapa begitu lama kami kurung mereka dalam kandang sebelum memutuskan untuk membebaskan mereka? Sebabnya ialah, tiga ekor kucing kami sebelum ini telah dilanggar kenderaan yang lalu lalang dekat depan rumah kami. Dua ekor kena langgar dan terus mati di tempat kejadian. Yang sekor lagi kena langgar kat kaki, dan terus dia hilang dari pandangan. Kucing-kucing yang kena langgar tu semua merupakan adik beradik serta ibu kepada kucing-kucing yang berenam ini. Kami agak gusar kalau-kalau kucing kami yang ini akan mengalami nasib yang sama dengan abang kakak dan ibunya itu. Sebab tulah kami kurung mereka lama-lama dalam sangkar, sambil bagi tazkirah kat kucing-kucing ni biar mereka beringat sikit pasal bahaya bermain di jalan raya.
|
Ini Carrie. Amier yang bagi nama. |
|
Ini Isabell. Wife aku yang bagi nama. |
|
Ini Snowie. Wanie yang bagi nama. |
Bila kucing-kucing kami ni makin besar, maka terasa semakin kecillah pulak sangkar kucing tu. Kesian pulak aku nengok kucing-kucing tu berhimpit-himpit nak cari ruang untuk tidur. Dan tiap-tiap hari kalau aku lalu tepi sangkar, si Tempe akan menegur aku mintak dikeluarkan dari sangkar yang sesak itu. Selain nak bebas, tentunya kucing-kucing yang semakin meningkat dewasa ni nak berkenalan dengan kucing-kucing lain, nak berjalan menambah pengalaman, dan tak ketinggalan nak berkahwin jugak. Nah, sekarang cita-cita Tempe dan adik-beradiknya yang lain telah tercapai.
|
Ini Spottie. Aku pun tak pasti siapa yang bagi nama. |
|
Masih lagi Spottie. |
|
Dan Spottie lagi. |
|
Ini Guard. Syahmie yang bagi nama. |
Pada siang hari Sabtu lepas, kami pun bawaklah keenam-enam ekor kucing tu masuk ke bilik kami. Mereka kami biarkan bermain dalam bilik untuk seketika. Lepas tu kami jugak ambil gambar kucing-kucing itu satu demi satu. Bila agak-agak mereka dah puas main, barulah kami lepaskan mereka kat habitat asal mereka - di luar kandang, di jalanan.
|
Carrie berbadan paling besar dan fluffy. Sedang berehat selepas penat bermain. |
|
Isabell dan Guard. |
|
Spottie bercita-cita nak jadi electrician, sebab tu dia main dengan wayar elektrik. |
|
Tempe dan Snowie. |
|
Isabell dan Snowie. |
|
Bermain macam budak kecil. |
Melepaskan kucing ni ada beberapa hal yang nak kena di-manage dengan betul. Selain dari nak pantau pergerakan mereka masa bermain kat tengah jalan, kena pantau jugak kat mana mereka buat jamban mereka. Sekarang ni kucing-kucing aku dok berak kat dalam pasu bungalah pulak. Habis pokok-pokok tanaman mati kena vitamin dari najis kucing ni. Nak kena ajar jugak suruh dia membuang kat luar rumah. Tang tu aje yang buat masa ni agak payah sikit nak train. Okay! Sangkar kucing aku dah kosong. Ada siapa-siapa yang nak sewa? Khas untuk kucing-kucing gelandangan yang nak merasa duduk dalam sangkar, satu malam cuma RM20 saja. Makan minum disediakan. Jemputlah!
|
Isabell sedang menghendap. |
|
Spottie duduk bawah bangku kayu. |
|
Carrie dan Snowie sedang memburu mangsa. |
|
Tugas Guard ialah untuk menjadi pak guard. |
|
Aku dan kucing-kucingku. |
No comments:
Post a Comment