Pada hari Sabtu lalu, sekali lagi aku bawak anak-anak buahku, Ali, Faiisal, dan Hidayat ke gelanggang Titiwangsa untuk berlatih main tenis. Kali ni kami datang agak awal. Kami terus ke court H. Ada sorang coach kata, gelangang tu dia dah book. Lalu kami check kat kaunter. Eh, alamak! Rupanya kami salah court daaa... Okay, kami ke court A pulak, yang lebih cantik gelanggangnya.
Setelah buat warm-up dan regangan otot, sessi latihan pun bermula. Seperti biasa, aku mulakan dengan latihan pukulan forehand top spin. Hidayat dapat memukul dengan baik. Spin-nya kurang, tapi control-nya agak konsisten. Giliran Ali pulak. Ali juga dapat membuat pukulan yang agak kemas. Spin-nya kuat, tetapi control-nya perlu dimantapkan. Dan tibalah giliran Faiisal. Faiisal nampaknya masih tak berapa nak faham konsep top spin. Dia boleh tolak bola seberang jaring, tapi mengikut kaedah yang tak berapa nak profesional. Tak apa. Mungkin Faiisal boleh catch-up masa main game nanti.
Ali sedang membuat pukulan forehand top spin yang dahsyat. |
Sessi kedua ialah membuat pukulan backhand top spin dan backhand slice. Masa aku demo backhand slice pun bola banyak yang sangkut kat net, sebab aku pun memang tak expert buat pukulan ni. Aku suruh anak-anak buahku cari sendiri tekniknya. Dalam membuat pukulan backhand top spin, keadaan berlawanan pulak yang berlaku. Tatkala Hidayat dan Ali masih terkial-kial mendapatkan rentak, Faiisal telah menemui rentaknya sendiri. Faiisal boleh membuat pukulan double handed backhand dengan agak baik. Aku tak ajar pun buat pukulan backhand pakai dua tangan, pasal aku tak reti. Tak kisahlah. Aku suruh Faiisal stick pakai teknik dua tangan tu. Main cara tu sampai dia hebat.
Faiisal dengan tenang membuat pukulan double handed backhand. |
Latihan terakhir ialah membuat servis. Faiisal dan Hidayat agak boleh jugaklah nak buat servis yang masuk dalam kotak servis. Ali nampak gayanya perlukan latihan yang lebih banyak lagi. Aku jugak ajar teknik buat servis menggunakan pukulan slice. Nampaknya teknik ni lebih sukar difahami oleh anak-anak muridku. Tak apalah, nanti cari sendiri teknik yang sesuai dengan diri.
Hidayat sedang membuat servis kat tengah gelanggang????? |
Setelah puas training, kami pun mulalah berlawan satu set. Aku geng dengan Ali, dan Faiisal geng dengan Hidayat. Minggu sudah, geng yang sama tewas tipis kepada geng aku. Mungkin minggu ni mereka akan cuba membalas dendam. Dan perlawanan berlangsung sengit, sehingga pemenangnya perlu ditentukan dengan game tie breaker. Sama macam minggu lepas. Tapi tie breaker kali ni lebih sengit. Dan akhirnya aku dan Ali berjaya menundukkan lawan setelah point tie breaker mencecah berbelas-belas angka. Dan pada penghujung permainan, Ali pulak telah mula mendapat rentak dan berjaya membuat beberapa pukulan yang mantap bagi mendapatkan markah bagi pihak kami.
Untuk set kedua pula, aku geng dengan Hidayat lawan Faiisal geng dengan Ali. Kali ni kami menang mudah. Lepas tu kami main stroke pulak. Ketika aku main stroke dengan Faiisal, aku baru perasan yang Faiisal dah mula mendapat rentak membuat pukulan forehand top spin dengan baik dan konsisten. Wah! Ini satu perkembangan yang baik. Semoga ketiga-tiga mereka akan lebih memahami kaedah permainan ini dengan lebih mendalam.
Tiga orang protege - Ali, Faiisal dan Hidayat. |
Aku sebenarnya ada mengajak beberapa orang kawan aku untuk main tenis bersama. Tapi nampak gayanya mereka tak dapat datang join. Jadi, kami berempat teruskanlah bermain sampai jam 11 pagi. Aku ajak anak-anak buahku main single pulak menggunakan kaedah pengiraan super tie breaker - siapa cecah markah sepuluh dulu, dialah yang menang. Dalam perlawan single, Ali tewas dua kali, Hidayat juga tewas dua kali, dan penentu juara adalah di antara aku dan Faiisal. Masa kami main ni, matahari dah mula menegak atas kepala. Moral aku pun dah agak down. Dan perlawanan aku dan Faiisal berlangsung dengan sangat sengit, sehinggakan satu masa tu, Faiisal telah mendahului aku 7-9. Hanya satu mata aje lagi untuk menang mengalahkan aku. Tergugat jugak ke-machoan aku waktu tu. Nasib baik aku dapat menyamakan kedudukan, dan akhirnya aku menang tipis 12-10. Fuuuuhhhhh! Leganya. Dan syabas kepada Faiisal kerana telah berjaya memberi tentangan yang hebat. Permainan tenis ini bukan saja perlukan teknik yang kuat, tapi juagak mental yang sangat kuat. Aku tewas mental sebenarnya. Sebab tu pukulan aku pun turut sama terjerumus menjadi tak menentu dan tak terkawal. Satu lagi kelebihan Faiisal berbanding Ali dan Hidayat ialah, Faiisal telah berjaya mempelajari pukulan backhand. Satu perkara yang kecil, tetapi memberi impak yang besar terhadap corak permainan keseluruhannya. Minggu depan aku tak pasti dapat turun bermain atau tidak. Apa-apa pun, kepada tiga orang anak buahku ini, teruskan perjuangan. Matlamat untuk mengalahkan Team-Hafez mesti diteruskan. He he he...
Setelah tamat latihan. |
No comments:
Post a Comment