Selepas genap dua hari Tempe mati dilanggar kenderaan, tiba giliran Guard - kucing yang berwarna hitam pulak yang mati. Tapi Guard bukannya mati dilanggar lari. Guard mati secara misteri. Sama macam kes kakaknya, Grey dulu. Kami syak dia mati kena keracunan makanan. Pagi masa hantar Wanie ke sekolah, aku nampak Guard agak monyok dan bersendiran kat satu corner ruang hadapan. Bila aku nak pergi kerja pulak, lewat sikit pagi tu, Amier cakap kat aku yang Guard dah mati kat tepi pokok bunga. Amier punya teori, Guard mungkin terjatuh dan kepalanya terhantuk pada batu kat tepi pasu bunga tu. Tapi aku periksa badan Guard, memang tak ada kesan darah atau luka langsung pada tubuhnya.
Selepas kejadian yang menyayat hati ini, ayah aku suruh aku masukkan balik kucing-kucing kami yang berbaki empat ekor tu ke dalam kandang kucing. Dan aku pun berbuat demikian. Niat asal kami untuk memberikan sedikit kebebasan kepada kucing-kucing kami akhirnya telah bertukar menjadi tragedi. Tak apalah dulu. Biar mereka semua membesar gemuk dulu dalam sangkar, dan semakin bijak, barulah mereka akan kami lepaskan semula.
Mengenang Guard. |
Tubuh Guard terbujur di tempat kejadian. |
No comments:
Post a Comment