Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Maklumlah, tidur kat rumah orang memang senang sikit nak bangun awal. Tak macam kalau tidur kat rumah sendiri - nyenyak, lena, tidur mati, pengsan, tak sedar diri walaupun guruh berbunyi lantang kat tepi telinga. Aku dengan bapak pengantin awal-awal lagi dah pergi ke restoran jual roti canai terhebat seantero negeri Selangor. Terletak beberapa kilometer dari rumah Pakcik Karim. Orang dari tempat yang jauh-jauh pun datang makan roti canai kat sini. Malah yang kerja dan belajar kat overseas pun turut order roti canai dari gerai ni. Nak tau ada berapa orang penebar roti canai dia? Enam orang semuanya! Termasuklah bibik Indon, pun kena belajar tebar roti canai jugak. Memang tak pernah aku nengok ada kedai yang ada sampai enam orang penebar roti. Gerai ini memang sangat hebat! Kami order 50 keping roti canai dan berdar dari situ.
Amin mengacau bubur kacang dengan penuh semangat. |
Semangat Amin kian pudar bersama terbitnya matahari kat atas kepala. |
Taufik menunjukkan yang dia berminat nak ambil alih tugas Amin. |
Lepas tu kami terus singgah ke gerai jual nasi lemak kukus yang terletak tak jauh dari gerai roti canai tadi. Dan kami order pulak 15 bungkus nasi lemak. Mula-mula ingatkan nak order lauk sambal udang, campur paru goreng, campur sambal sotong, campur ketam masak cili, campur daging salai masak lemak cili api, campur dugong masak tiga rasa. Tapi takut pulak para tetamu dapat penyakit gaut. Lepas tu nanti pulak nak saman tuan rumah. Akhirnya kami cuma order nasi lemak dengan sambal kosong aje. Dan kami terus balik rumah.
Kois cucuk bunga manggar buat pertama kali. |
Mula-mula buat tak jadi bunga manggar, tapi jadi bunga kemboja. Bila dah adjust barulah menjadi. |
Selepas sarapan, aku beli santan 5 kilo untuk dibuat masak bubur kacang berperasa durian musang king. Mak Anjang yang mengepalai masakan bubur kacang tu. Bubur tu bila dikacau dan dimasak, ada rasa musang pulak. Rasa duriannya tak berapa sangat. Rupanya, ada orang tersalah beli ramuan. Sepatutnya dia beli durian, tapi dia pergi beli musang 7 kilo. Bila Mak Anjang masukkan musang-musang tu dalam periuk besar, memanglah yang terbit cuma bau dan rasa musang aje. Tukang kacau periuk berisi bubur kacang ialah Amin, dan Taufik. Mereka kacau sampai kebosanan dan kepenatan. Macam kacau dodol lah pulak. Pak Uda pun turut enter frame, siap tunjukkan cara kacau bubur kacang versi orang Perak. Macam-macamlah...
Member yang menghias pintu gerbang dengan penuh konfiden sekali. |
Mak Long sedang memastikan tak ada telur yang dah menetas keluar anak ayam. |
Pada pagi tu, semua orang sibuk buat kerja masing-masing. Tak payah suruh-suruh. Masing-masing dah tau apa yang nak kena dibuat. Ada yang hias pintu gerbang, aku sapu laman dan lap kerusi dengan Kois. Lepas tu cucuk bunga manggar pulak. Mak Long hias bunga telur dan bunga hiasan meja. Ada jugak geng-geng yang hias meja pengantin. Memang hebat mereka ni. Yang tukang hias tu semua orang lelaki. Yeah! Men rule! He he he. Kaum ibu bersiap-siap di dapur memasak juadah sampingan untuk dijamu kepada tetamu nanti. Dan pakar-pakar seni foto menyiapkan kamera untuk diguna pakai ketika sessi bersama pengantin nanti. Aku nengok tak ada yang duduk relaks. Semua buat kerja. Termasuklah budak-budak kecik macam Amier, Kamil dan Adam. Mereka meriuhkan suasana agar terbit suasana keraian dalam upacara perkahwinan yang gah ini.
Pak Long selaku pengarah fotografi sedang memeriksa tahap jelas lensa agar nampak bulu hidung pengantin. |
Pak Ngah sedang memerhatikan dua brader ni hias dan ukir buah jadi bunga. Cepat mereka buat dan cantik pulak tu. Aku pun kagum! |
Giliran Taufik pulak kacau bubur kacang. Kalau terlebih masin tu kira faham-fahamlah. Aku rasa dekat segantang jugaklah peluh Taufik masuk dalam periuk tu. |
Pak Uda tunjuk cara kacau bubur kacang style orang Perak. Petua pertama, kena smart, pakai baju batik. |
Kois semua kerja dia buat. Biar berat badan, asal ringan tulang. |
Brader berdua ni jugak yang hias kek pengantin. Hebat! |
Faridz pulak memeriksa segala lensa yang ada. Dari jenis yang kontot, sampailah yang panjang sedepa. |
No comments:
Post a Comment