Bahagian 3
Para hadirin, taulan, saudara-mara dan jiran-jiran yang datang untuk membantu telah dijamu dulu dengan roti canai dan nasi lemak kukus. Nasi lemak laris dulu. Aku terpaksa pergi kedai dan order 30 bungkus lagi untuk dibawa pulang. Lepas bungkus 30 pack nasi lemak, tauke kedai terus tutup kedai dan balik cuti. Aku tukang beli aje. Yang tukang belanja mestilah tuan rumah. Lepas sarapan sambil bersembang, barulah masing-masing memulakan kerja, menyibukkan diri untuk menyambut tetamu yang bakal datang dengan ramai pada tengah hari nanti.
|
Para penanggah sedang makan sarapan. Ayahanda Atan turut join mereka sarapan pagi. |
|
Sambil sarapan sambil berborak santai. |
|
Ahli keluarga duduk kat dalam rumah. |
Kira-kira jam 12 tengah hari, para tetamu dah berpusu-pusu datang membanjiri kawasan rumah sebab nak makan juadah istimewa pada siang hari tu - ayam kicap, sayur lemak dan ulam-ulaman. Very the traditional and the kekampungan. Itulah yang orang ramai idam-idamkan dalam majlis perkahwinan macam ni. Siap ada yang bertambah-tambah. Masa tetamu datang aku dah tak sibuk lagi. Aku cuma enter frame aje sambil ambil gambar para tetamu yang datang. Dan bila dah lapar, aku pulak yang tumpang makan sama. Makan masa orang ramai tulah yang best. Siap berebut-rebut dan berasak-asak dengan para tetamu yang turut sama nak mencedok makanan ke dalam pinggan masing-masing.
|
Abby jadi bodyguard kepada bunga telur ini. |
|
Kamil dan Amier seronok nengok orang ramai yang datang. |
|
Waktu ni geng tuan rumah sedang berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. |
|
Tetamu hampir tiba dalam sedetik lebih. Eh! Macam tajuk lagulah pulak. |
|
Geng tuan rumah makan dulu. Nadia mendahului, diikuti oleh Pak Uda, Emi dan lain-lain. |
|
Pak Long dan Hairi tengah makan dengan penuh selera. |
Masa tetamu tengah ramai yang datang, kami dah tak sibuk sangat. Cuma seksyen menghidang makanan dan seksyen basuh pinggan gelas aje yang sibuk. Siapa yang penat tu masuk dalam rumah, duduk atau baring kat ruang tamu dan berehat santai bawah kipas angin yang berpusing laju macam helikopter.
|
Wanie sakit perut. Pagi tadi lambat makan sarapan. |
|
Ayah dan anak bongsunya. |
|
Wanie memberikan sepenuh fokus ketika memilih makanan yang menepati citarasa nalurinya. |
|
Hafez jadi "high" ketika terhidu semerbak bau sambal tumis udang dan petai. |
|
Baby besar Syura bersama baby kecil Sabriena. |
|
Amier dan Kamil sedang mengulangkaji matapelajaran Sains bagi persediaan menghadapi peperiksaan UPSR bulan depan. |
|
Pakcik Karim berehat seketika setelah penat melayan tetamu. |
|
Antara ahli keluarga yang turut hadir membantu. |
|
Isteriku dengan Kak Long nya. |
|
Taufik dan pakis tanduk rusa, bagaikan ada persamaan. Tapi apakah ia? (Macam berfalsampahlah pulak). |
|
Abang sepupu isteriku, Pak Anjang sedang makan nasi dengan kuih koci. |
|
Bersembang dengan Kak Leha @ Mak Anjang. |
|
Ayah mentuaku kelihatan agak sugul dan kepenatan. Semoga beliau dikurniakan keafiatan dan keceriaan. |
|
Faridz berasa lapar bila melihat para tetamu menjamu selera dengan lahapnya. |
|
Abby dan Huda berpakaian sedondon. Bukan kedondong. |
|
Syabas kepada anak-anak ini kerana berhempas pulas mencuci dan menyusun gelas untuk para tetamu. |
|
Sabriena dengan abang sepupunya, Amin. |
|
Akid bermain lagu pengantin dengan harapan hujan akan turun menyejukkan bumi. Tetapi hujan tak jugak turun. Mungkinkah suara Akid terlalu sedap kot? |
Kemuncak acara ialah apabila seorang pakcik aiskerim yang tak dikenali datang mengagih-agihkan aiskerim percuma kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis itu. Pakcik budiman itu telah sejak sekian lama berlegar-legar di kawasan persekitaran taman perumahan itu. Mungkin melihatkan anak-anak kecil, jiwanya tersentuh lalu bertekad untuk memberikan sejumlah aiskerim buat cicipan anak-anak kecil. Yalah tu! Sebenarnya Pakcik Karim dah siap-siap bayar kat pakcik aiskerim untuk habuan para tetamu cilik. Aku yang tak berapa bebudak ni pun turut beratur sama untuk mendapatkan aiskerim terhebat di benua ini. Tapi semakin lama aku beratur, semakin ramai pulak kanak-kanak yang mengerumuni pakcik aiskerim. Aduh! Timbul pulak rasa bersalah dalam jiwa aku, dan kasihan kepada bebudak yang datang mengharapkan dapat menjamah aiskerim percuma ini. Okaylah! Aku surrender! Akhirnya aku terpaksa beralah dan berundur dan membiarkan anak-anak ini terus menanti giliran mendapatkan aiskerim. Hu hu hu... Kempunanlah aku untuk makan aiskerim free pada edisi kali ini. Aiskerim free biasanya lebih enak dan lazat dari aiskerim yang kena beli sendiri. Tak apalah. Nanti, bila ada peluang lain, aku akan slow talk dengan Pakcik Karim dan mengendeng untuk dapatkan aiskerim yang mempunyai perisa yang lebih canggih, sedap dan hebat. Barulah bebudak tu semua jeles kat aku. He he he...
|
Pakcik aiskerim datang menyelamatkan keadaan. |
|
Permintaan terhadap aiskerim telah mencecah 3 juta unit. |
|
Terserlah di wajah anak-anak kegembiraan yang bukan kepalang ketika mendapat aiskerim. |
|
Mak Long dan Mak Teh sedang berdiskusi mengenai kehebatan design manik di baju Mak Long. |
|
Tiga adik beradik yang sehati sejiwa. |
No comments:
Post a Comment