m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, July 12, 2012

Tinggal berdua aje...

Semalam, sorang lagi staff ofis aku yang agak senior pergi meninggalkan ofis untuk bekerja di tempat baru. Nama dia Azni. Azni ni kira staf kami yang paling efisien sekali. Dan beliau boleh pergi jauh dalam bidang ni dengan kaliber dan sikap yang beliau miliki. Setelah Azni pergi, maknanya sekarang kat ofis kami kat Bandar Seri Putra cuma tinggal aku dan Ahmad aje. Semua projek yang berbaki kena kami handle dan galas berdua. Maksudnya kena kerja lebih kuat lagilah. Fuh! Semakin mencabar nampak gayanya.


Pada hari Rabu, boss kami panggil suruh datang kat sebuah retoran di Bandar Baru Bangi untuk makan farewell lunch bagi meraikan Azni. Inilah first time aku masuk restoran Jepun. Rupanya pemilik restoran ni dah jadi kawan boss aku. Suasana dalam restoran agak nyaman. Sepenuhnya berhawa dingin. Cahayanya malap-malap. Tempat duduk tak berapa banyak, tapi mencukupi untuk menampung pengunjung makan tengah hari di situ.

Depan restoran Jepun - Miyagi.
Akmal sedang mengajar Azni cara nak pilih makanan.
Aku, Ahmad dan Azni memang tak arif langsung nak buat order. Jadi boss kamilah yang tolong order-kan. Aku dan Ahmad makan tepanyaki, dan yang lain makan campuran makanan laut termasuklah sushi - ikan mentah. Turut makan bersama kami ialah Mazlan, pensyarah UKM yang kami kenali. Aku sebenarnya kena keluar awal pasal kena pergi hospital nak hantar wife aku berjumpa doktor. Tapi lama pulaklah makanan tu sampai. Akhirnya sampailah makanan pertama iaitu belut masak goreng. Okay jugak rasanya. Dan lepas tu barulah datang makanan yang aku order. Nampak macam banyak makanan yang dibagi. Ada sup masam, ada buah-buahan, ada pulut ketam yang dibalut dengan kertas rumpair, ada nasi goreng, dan pastinya ada tepanyaki. Aku jamah sikit aje masa kat restoran. Lepas tu aku terpaksa suruh orang kedai tu tapau, pasal aku kena pergi jemput wife aku kat ofis.

Mazlan dan Azni.
Ahmad sedang pilih menu. Tapi Ahmad tak tau nak pilih apa.
Masa kat rumah, barulah dapat aku merasa makanan dengan sepenuhnya. Agak okay jugak. Tak terlalu kenyang kalau makan semuanya, pasal tak ada daging, dan nasinya jugak tak berapa banyak. Aku tak sempat nengok menu restoran Miyagi tu. Tapi aku rasa mesti ada makanan-makanan eksklusif seperti ikan buntal masak sup, kepala dugong masak kari, sushi tapak sulaiman, belut elektrik  bakar, dan gigi ikan jerung goreng tepung. Tengoklah lain kali, kalau ada kesempatan, mungkin aku akan cuba makanan yang lebih mencabar minda lagi. Dan aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada boss aku, Akmal yang telah belanja kami makan tengah hari.

Mazlan sedang mengambil mood sebelum makan sushi.
Aku dan tepanyaki.
First time Ahmad makan makanan Jepun.
Azni dan makanan kegemarannya.
Boss kami yang belanja makan.

No comments:

Post a Comment