Sambungan dari kisah hantar Syahmie balik belajar di MRSM Gemencheh pada hari Ahad lepas, kami sempat singgah di sebuah lubuk ikan yang kami baru jumpa beberapa minggu sebelum itu. Lubuk ikan pelbagai spesis ini terletak betul-betul di sebelah luar MRSM, kat sebelah jalan raya menghala ke Gemas. Meh aku kisahkan macam mana kami boleh memancing kat sini.
Isteriku dengan joran pen. |
Pagi Ahad tu, sebelum hantar Syahmie balik, aku telah mengenakan baju pancing cap Toman yang aku dapat free pasal masuk pertandingan dalam majalah pancing. Wife aku pun kata, "Wah, pakai baju pancing nampak. Nak pergi mancing ke tu? Hah, nanti jangan lupa bawak joran pen. (Joran pen ialah joran teleskopik mini yang menyerupai pen tulis, dan boleh disimpan di dalam poket). Aku asalnya memang tak ada plan langsung nak pergi mancing, atau mencuba lubuk baru tepi MRSM tu. Tapi oleh kerana wife aku dah cakap macam tu, jadi aku pun bawaklah dua batang joran teleskopik, serta beg pancing berisi pelbagai barang.
Isteriku nampak happy dan konfiden memancing tepi jalan raya, |
Lepas hantar Syahmie pulang ke asrama, barulah kami suami isteri singgah sebentar di lubuk tersebut. Lubuknya terletak di sebelah jalanraya. Penuh dengan semak dan lalang panjang. Ada bekas laluan menghala ke lubuk tu. Tapi oleh kerana terlalu semak, maka kami putuskan untuk pancing dari tepi jalan aje. Pancing kat tepi-tepi kolam aje. Cuma nak test power. Wife aku ada beli roti Gardenia sebagai umpan, dan aku pulak ada bawak pellet ikan yang jugak sesuai dijadikan umpan. Setelah siap pasang pancing, aku pun mulalah buat balingan ke lubuk. Tiba-tiba ada sesuatu yang berlaku sehingga joranku patah dua.
Umpan kulabuhkan tepat ke tengah kolam yang tenang. Seekor anak seluang tiba-tiba datang menggigit umpan pellet tadi dan tersangkut pada mata kail. Ketika aku sedang menarik anak seluang tadi, tiba-tiba lalu pulak seekor keli bagak sebesar lengan bayi membaham seluang tadi. Dan ikan keli itu pulak yang tersangkut kat mata kail. Sedang aku terkial-kial nak menaikkan ikan keli yang kuat melawan tadi, menjelma pulaklah seekor toman gergasi sebesar peha gajah Afrika menyentap rakus keli yang terkulai tadi. Kini sang toman pulaklah yang tersangkut pada mata kail. Tarikan toman tadi sungguh dahsyat. Setelah bertarung lebih lima belas minit, kederatku hampir lupus. Aku tak daya menahan asakan toman gergasi yang sungguh dahsyat itu. Lalu kuikat joran ku pada kereta ku yang ku parking tepi jalan raya. Alangkah terkejut badaknya aku, ikan toman tadi hampir saja menarik keretaku masuk ke dalam kolam. Lalu ku start enjin keretaku, dan tekan minyak sampai ram mencecah angka 20. Berasap tayar keretaku yang seakan-akan tak dapat bergerak kerana ditarik si toman perkasa. Tiba-tiba, krak! Terdengar bunyi kuat membingitkan telinga. Joran teleskopikku patah dua! Dan ikan toman tadi terlepas. Aduh! Alangkah tak berbaloinya pertarungan tadi yang berpihak kepada sang toman........ (Hmmmm boleh percaya ke cerita ni?)
Joranku patah dua akibat diasak "toman". |
Sebenarnya, lubuk tepi jalan tu sangat semak. Balingan pertama tersangkut kat semak sebelah sana. Balingan kedua tersangkut kat semak sebelah sini. Bila kutarik-tarik nak lepaskan mata kail dari semak, terus joran teleskopikku yang rapuh patah dua. Umpan tu tak sempat cecah air pun. Bila joran dah patah dua, macam mana nak teruskan memancing. Balik ajelah. Dan sebetulnya, aku berasa agak segan memancing kat tepi jalan tu tengah panas disaksikan oleh orang yang lalu-lalang kat situ. Tapi wife aku steady aje pancing tanpa menghiraukan orang ramai disekitar. Akhirnya aku tak sempat nak mancing pun. Dan kami pun terus pulang tanpa membawa balik walau seekor ikan pun. Tapi juadah dan ole-ole lain ada jugak kami beli dari gerai tepi jalan. Kami sampai KL sebelum maghrib.
Oh! Sedihnya hatiku bila "toman" terlepas lari... |
No comments:
Post a Comment