Sabtu semalam, aku telah mengerah dua orang anak buahku, Ali dan Hidayat untuk menjalani latihan gigih ala tentera sempena menyiapkan diri untuk temasya sukan Olimpik 2012 di London yang telah bermula beberapa hari lepas. Jam 7.30 pagi aku dah tercegat kat pintu rumah mereka berteriak memanggil mereka untuk keluar dari selimut enak dan masuk ke dalam keretaku untuk berlatih tubi bagi mencapai tahap kecemerlangan sukan peringkat tertinggi di alam maya ini. Rata-rata kat Titiwangsa aku nengok hanya warga keturunan China aje yang ber-jogging, dan bersukan. Kami aje geng Melayu Muslim yang buat kerja extreme masa bulan puasa ini.
|
Dua orang jagoan tenis dalam pembikinan. |
|
Wajah-wajah penuh konfiden untuk menang emas Olimpik pertama buat Malaysia. |
Kami bermula dengan bermain tenis kat tengah panas. Mula-mula stroke ringan-ringan aje. Aku tahu, ini bulan puasa. Kederat masing-masing memanglah tak sekuat mana. Tapi main pukul-pukul aje mana nak puas. Lagi pun aku nengok Ali ada membuat beberapa pukulan kilas halilintar yang menghantar bola laju hingga aku sendiri pun tak terkejar. Lalu aku cakap pada Ali, "Masa main stroke, pukul pelan-pelan aje. Yang penting control. Nanti kita main kira, baru boleh hentam sekuat hati". Lalu kami pun bermainlah satu set kat tengah gelanggang yang panas tu. Kelebihan Hidayat, dia control bola baik. Serve dia pun baik. Aku kena ace dua kali dengan Hidayat. Kelebihan Ali, kalau dia dapat bola tinggi, dia akan pukul top spin yang deras dan memang susah nak kejar. Kalau masing-masing dapat overcome kelemahan tang control bola dan servis, aku rasa mereka ini nanti boleh kalahkan Djokovic dan Nadal suatu hari nanti. Tapi tak mungkin mereka dapat kalahkan sifu mereka, iaitu aku. Pasal aku dah bayar mereka kaw-kaw punya untuk sentiasa kalah bila berentap dengan aku kat gelanggang.
|
Ohhhh... masing-masing mula terbayang juadah minuman yang enak dan menyegarkan... |
Lepas main tenis tu, memanglah kami keletihan. Soal tekak kering dan haus tak payah nak cakap. Masa tulah terbayang segala macam juadah minuman seperti abc, cendol, Coke, 100 Plus, iced lemon tea, sirap bandung, soya cincau, air barli, milo ais, teh ais, dan tak ketinggalan air ketum ais. (Ooops! Pecah rahsia pulak).
Lepas tu kami berpindah pulak ke gelanggang ping-pong. Medan main ping-pong lebih redup dan nyaman. Kami main pun kira ala kadar aje. Ingatkan ada kengkawan aku nak join. Tapi mereka semua ada hal dan tak dapat datang. Jadi kami main bertiga jugaklah lagi. Hidayat dah mula menunjukkan taringnya yang mengerikan dalam permainan ping-pong. Serve-nya jugak semakin laju dan sukar untuk aku return dengan baik. Aku hampir kalah dengan Hidayat masa game yang pertama. Aku terpaksa bayar dia up sikit barulah Hidayat mengalahkan dirinya. Fuuuh.. lega. Top spin Hidayat jugak semakin menjadi.
|
Aksi Ali bagaikan juara dari China. |
|
Ali mempamerkan teknik permainan gaya Korea. |
Ali jugak telah semakin baik dari segi kontrol bola. Kalau Faiisal join sekali mesti lagi best. Kalau Syahmie cuti, mesti aku dah bawak dia join main ping-pong dengan aku. Sepatutnya kami main ping-pong selama dua jam. Tapi oleh kerana keletihan, kami putuskan untuk berhenti awal. Hidayat aku nengok amat keletihan. Katanya dia tak bangun sahur semalam. Oh... patutlah lepas main tu dia melepek kat bangku kayu.
|
Hidayat dengan aksi kombinasi Jepun dan Bangladesh. |
|
Teknik pukulan Gagak Nigeria telah memperdayakan pihak lawan secara berkesan. |
Lepas habis main tu aku taklah berasa letih sanat. Tapi masa lepas zuhur, badan aku mula terasa kering dan panas. Masa tulah baru aku rasa letih yang amat sangat. Tapi aku gagahkan jugak pasal nak kena tunjuk macholah sikit. Bila kena air atau aircond, barulah rasa nyaman sikit. Minggu depan kami semua dah bersetuju untuk main ping-pong aje. Tenis tak payah. (Walau pun aku ada cadang untuk main futsal dan ragbi lepas main ping-pong. Tapi cadanganku telah ditolak oleh anak-anak buahku). Kami pulang dengan berat badan kami turun sebanyak 5 kilo.
|
Setelah tamat sessi permainan. |
|
Wajah ceria dalam keletihan. |
|
Owh! Hidayat terlalu penat... |
Pergh.. patut pun paras air Tasik Titiwangsa naik.. rupanya sebab peluh bro Adi, Ali & Hidayat.. hahaha :)
ReplyDeleteAir tasik dah rasa macam air laut...
Delete