Pada majlis kenduri rumah Pak Ngah Sabtu lepas, sempat jugak aku dan birasku Pak Long Zai lari kejap ke kolam tinggal di belakang rumah untuk menduga kehebatan penghuni-penghuninya. Aku bawak lima batang joran, termasuk joran pantai sepanjang 30 kaki, dan joran heavy weight untuk memancing ikan marlin dan layaran di laut luas. Saja aku ajak Pak Long Zai yang juga suka memancing, pasal pancing sorang-sorang tak seronok. Sebelum tu, sempat jugak aku beli umpan cengkerik, udang kecil dan katak kat Ampang tadi.
|
Nak ke tempat memancing kena melalui sungai kecil yang mencabar. |
|
Pak Long Zai kata, "Mana ikan ni?! Tarak ikan ka?" |
Port kami memancing tu memang agak semak sikit. Tapi bila ditengok sekitarannya, memang ada potensi untuk pembiakan ikan-ikan mega seperti toman, arapaima gigas, siakap, baracuda, kelah, GT, dan black marlin. Itu yang buat aku bersemangat tu. Pak Long Zai ambil satu joran dan cangkukkan anak udang. Lalu dibalingnya ke tengah kolam. Aku pun berbuat yang sama. Pakai umpan udang jugak. Tapi aku balik kat tepi sikit. Kalau kat tengah sangat, takut nanti udang tu lemas pulak. Lepas tu aku ambil satu lagi joran dan aku cucukkan katak yang telah diimport khas dari Nigeria. Kemudian aku pun mulalah main baling tarik baling tarik berkali-kali kat tepi kolam dengan harapan ada penghuni kolam yang menarik umpanku.
|
Balingan pertama yang penuh bersemangat dan harapan. |
|
Jemu menunggu. |
Agak lama jugak kami menunggu agar umpan digetu ikan. Tapi nampaknya tak bersambut. Dan tanganku sendiri mulai lenguh membuat casting berkali-kali menggunakan katak. Pun tak ada respond. Cuaca tengah panas pulak tu. Kami try pulak pakai cengkerik Madagascar. Pun tak berhasil. Aku cuba pulak cari umpan yang paling universal kat muka bumi ni, iaitu umpan cacing. Segenap tepi kolam aku gali nak cari cacing. Tapi tak jumpa walau seekor anak cacing pun. Aku gali mencari cacing sampai di kedalaman 10 kaki. Masih tiada cacing. Akhirnya kami terpaksa pakai umpan yang ada ajelah.
|
Menggali tanah, mencari cacing. |
|
Terus menggali sampai nak cecah perut bumi. |
|
Kedua-dua joran ku kosong, tak berikan. |
Setelah agak lama memancing, kira-kira lebih sejam, kami putuskan untuk pulang ke rumah Pak Ngah. Sebelum balik tu, kami ditegur oleh dua orang remaja yang biasa pancing kat sini. Lalu aku bertanya mereka, "Adik biasa pancing kat sini? Ikan apa ada?" "Kat sini ikan keli dia besar-besar. Pakai umpan cacing aje. Paling kecil kami pernah dapat berat dia dekat 30 kilo. Kalau yang besar tu jangan cakaplah. Dekat nak cecah 5 tan berat dia!" Mulut aku ternganga besar mendengar cerita remaja tadi tentang tangkapan ikan keli gergasinya. Akhirnya kami terpaksa tinggalkan jugak kawasan kolam tadi. Sambil mengucapkan selamat berjuang kepada remaja tadi, kami pun menapak keluar dari belukar untuk ke kereta dan kembali ke rumah Pak Ngah.
|
Kolam ni nampak berpotensi. Tapi potensinya tak diketengahkan. |
|
Pak Long Zai mengenangkan nasib ikan tak makan umpan. |
|
Inilah katak Nigeria yang enggan dijamah ikan. Ikan pun tau katak Nigeria ni tak boleh pakai punya. |
No comments:
Post a Comment