m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, July 11, 2012

Berjumpa geng merapu di Concorde

Awal minggu lepas, aku dapat panggilan telefon dari salah sorang kawan baik aku, Haji Noris. Dia kata kawan-kawan kami yang arkitek akan turun ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu seminar besar. Maknanya kengkawan kami yang berada di selatan dan utara, malah Sabah dan Sarawak akan ke KL. Bahkan kengkawan yang bertugas di overseas serta yang berada di planet-planet lain jugak akan turun ke bumi bagi menghadiri seminar utama ini. Maknanya, inilah peluang terbaik kami untuk berkumpul sesama kami, setelah sekian lama tak jumpa.

Jemi, Saadon, Azman dan aku.
Kami sedang membincangkan topik yang serius - pasal pemanasan global.
Noris bercadang nak kumpulkan kengkawan kami yang satu batch masa buat degree in Architecture masa kat UTM dulu. Noris sebenarnya telah berpakat-pakat dengan seorang lagi kawan kami, Ravi untuk mengadakan gathering ini. Bila mendengar aje idea yang bernas ini, aku terus teruja. Cadangnya nak berjumpa pada malam hari Jumaat di Concorde Hotel. Pada dasarnya aku pun setujulah dengan cadangan tu dan tak sabar-sabar nak menanti saat perjumpaan itu.

Noris dan Ravi.
Topik yang lebih serius kami bincangkan - nasib bolasepak negara Bangladesh.
Pada hari Jumaat yang dijanjikan, tiba-tiba aku mula mengubah fikiran. Aku tak beri tahu kengkawan aku kenapa. Tapi sebenarnya poket aku tengah agak kering pada hari tu. Kalau nak makan buffet harganya agak mahal. Jadi aku putuskan untuk jumpa mereka lain kali ajelah. Tapi tiba-tiba tercetus idea bernas, aku datang jumpa ajelah kengkawan aku lewat-lewat sikit. Tak payah makan apa-apa. Makan kat rumah siap-siap. Jadi bila dah kenyang, tak adalah terfikir pasal makan lagi. Okay, set. Aku ajak wife aku temankan aku ke Concorde Hotel lepas solat isyak. Jalan kat kawasan Ampang agak sesak. Tapi perjalanan ke Concorde agak lancar. Jadi, cepat jugaklah kami sampai ke destinasi.

Ravi dan Leong.
Sesampai di sana, aku nampak  Noris, Saadon, Jemi, Ravi dan Leong telah ada kat situ. Dan aku jugak nampak ada satu figure yang aku tak kenal, tetapi macam pernah kukenal. Tapi di mana ya? Oooooohhhh... rupanya itulah kawan Facebook aku. Azman namanya. Kami bersalaman dan mengambil tempat duduk masing-masing. Yang makan, terus makan. Yang bersembang, terus bersembang. Tetapi sessi pertemuan itu sangatlah mengujakan semua yang hadir.

Jemi sentiasa tersenyum, Saadon pulak telah buang rambut afro-nya. Aku hampir tak kenal Saadon tanpa rambut Alleycat-nya.

Jemi dan Saadon datang dari Johor Bahru.
Macam-macam topik kami bualkan. Antaranya termasuklah pasal Asian Song Festival, pasal keluarga, pasal aktiviti berbasikal, pasal kerja, dan tak ketinggalan pasal sejarah macam mana Ravi mula-mula cam aku masa kat tahun empat di UTM. Aku dan Ravi memang pernah jadi classmate masa kat sekolah rendah di Kuala Ampang @ Ulu Kelang. Kami terus bersembang dan bergambar sehingga jam di tangan aku menunjukkan waktu hampir pukul sebelas malam. Aku dan wife pun mulalah minta diri dan semoga berjumpa lagi di lain kali dengan kengkawan yang lain pulak. Aku memang sangat bertuah dapat berjumpa dengan kawan-kawanku, termasuklah Chot yang datang agak lewat. Dan aku jugak bertuah dapat jumpa kawan Facebook aku, Azman. Salam perkenalan. Semoga geng merapu kami ini akan terus berhubungan untuk jangka masa yang sangat lama.

Teruja bersama kengkawan lama.
Saadon dan Azman. Wife Azman, Achik, junior kami kat UTM.
Chot sampai lambat. Chot masih maintain - kurus.
Chot terkejut bila mendapat tau ada jawatan kosong kat planet Pluto.
Leong dan Ravi. Ravi, you really shouldn't be on the background.
Kehenseman Ravi terselah disinari lampu flash kameraku.
Aku dan Saadon, orang yang bertanggungjawab mengajar aku main gitar tong.
Bersama Jemi dan Saadon.
Bersama Noris, Jemi dan Saadon.
Sedang berborak santai.
Kali ni kami bincang topik casual pulak - cara-cara membuat kuih bahulu cara tradisional.
Bersama Saadon dan Azman.
Chot dan Ravi.
Ish ish ish... gemuk betul aku dalam gambar ni.
Noris dan Ravi tergelak besar bila kami bercerita pasal macam mana Ravi boleh kenal aku kat UTM.
Kami sedang mengadakan crit session bersama pelajar-pelajar jurusan Senibina yang tersesat kat Concorde.
Bersama Chot dan Ravi.
Topik pasal sejarah politik Uganda turut dibahaskan.
"Cakap kejuuuuuuu..."
Bekas classmate satu studio masa kat UTM dulu.
Bila lagi boleh kumpul macam ni?
Okay, sampai jumpa lagi di lain sessi.

4 comments:

  1. Ok nanti kita jumpa lagi mcm ni. Ling balik raya cina nanti boleh buat juga mcm ni. Thanks Adi. Ada aktiviti menarik sebelum kau datang.. . . . . .

    ReplyDelete
  2. Nak tengok jugak gambar Saadon menyanyi dengan awek tu

    ReplyDelete
  3. Wahh..ni tokey tokey arkitek tersohor kat JB ni..

    ReplyDelete