Pada hari Ahad lepas, selepas hantar Syahmie balik ke Gemencheh, barulah kami sempat ke Gombak untuk berbuka puasa dengan ayah mentuaku. Sampai di rumah kakak iparku, Mak Anjang, aku nengok kakak iparku yang sorang lagi, Mak Uda pun ada jugak. Wah! Meriah jugaklah kalau berbuka ramai-ramai macam ni. Ayah Atan waktu tu tengah rehat kat bahagian alam rumah. Nampak dia pun agak sihat, walaupun kekadang semputnya datang jugak.
Ayahanda Atan dan Abang Zahid (Pak Uda). |
Sementara menanti waktu maghrib tiba, aku dan birasku, Pak Uda bersembanglah pasal macam-macam hal termasuklah soal pengalaman-pengalaman berbuka pada masa-masa lalu. Menanti menjelang jam 7.30 malam nampaknya macam terlalu lamalah pulak, lebih-lebih lagi apabila makanan telah terhidang cantik di atas meja yang lebar. Geram sungguh aku nengok murtabak Singapore, cengkodok goreng, popia perasa tangan Syauki, tepung pelita minyak tanah, nasi ayam serama dan ayam terpercik kat baju. Semua juadah ini membuat aku berasa tak sabar-sabar nak berbuka puasa. Letih jugak aku menelan air liur dalaman aku kerana menahan perasaan untuk mentekedaghah juadah yang nampak hebat dan menyelerakan itu.
Tepung pelita dan murtabak Singapore. |
Bila azan bergema aje, aku pun terus berkata kepada semua, "Ke tepi, ke tepi, ada orang lapar nak makan!" Dan aku pun mencapai segala kuih muih dan nasi lauk pauk, kugenggam dan kupeluk dan kusauk semuanya. Dan kumamah, kunyah dan telan dengan rakus. Dan sampai aku tersandar bak ular sawa hingga tak mampu aku bergerak kerana perutku menbuncit besar kembung dan menjadi terlalu berat. Arrrghhh... Tak lama kemudian, Ayah Atan mengajak semuanya untuk solat maghrib. Dan bersolatlah kami secara berjamaah.
Lihatlah makanan yang banyak ini. Aku jugak yang kena habiskan... |
Acara makan-makan masih belum selesai lagi bagi aku. Lepas solat maghrib, aku melantak lagi dua tiga empat round sampai semua ruang-ruang kecil di sudut-sudut terpencil dalam perutku dipenuhi dengan makanan yang pelbagai. Kali ni aku betul-betul tak boleh bergerak. Sekadar bergolek ke kanan dan ke kiri bagaikan bola. Aku memang cukup tak sampai hati menengok makanan masih banyak atas meja. Aku tau, kalau bukan aku yang makan, tak akan ada orang lain yang makan. Akhirnya akan terbuang dan terbazir. Selepas makan yang banyak, kami sembang-sembang adik beradik, ipar dan biras. Bila time dah agak lewat, barulah kami balik ke rumah. Sessi yang ringkas di rumah iparku, tetapi sangat menyeronokkan.
Ya! Aku bertekad akan memasukkan semua ini ke dalam perutku yang tough! |
No comments:
Post a Comment