Bahagian 1
Malam sebelum majlis resepsi perkahwinan Siti dengan Anuar, abang iparku, Pakcik Karim telah mengadakan kenduri tahlil untuk almarhum Bonda Rahmah serta kenduri selamat untuk majlis yang bakal diadakan esok siangnya. Kami sekeluarga bertolak agak lewat dari Ampang. Makanya, sampai kat Kundang pun agak lewat jugaklah. Masa kami sampai, majlis tahlil dan doa selamat telah pun selesai. Para tetamu tengah menjamu selera. Kami anak-beranak pun terus join makan sekali. Menunya ialah nasi beriyani kambing. Memang hebat dan enak. Bertambah aku makan. Lepas tu makan dessert pulak lagi. Memang cukup kenyang.
|
Perut tengah lapar, makan nasi beriyani kambing yang lazat, memang menyentap qalbu. |
|
Aku makan bertambah. |
|
Amier basuh tangan selepas selesai makan. |
Lepas makan, aku pun buatlah apa-apa yang patut, seperti mengunyah kuih muih, minum-minum air, borak-borak dengan ahli keluarga yang lain, serta tolong kemas-kemas serba sedikit. Kami bercadang nak tidur kat rumah Pakcik Karim malam tu. Jadi esok boleh bangun pagi dan terus buat kerja apa-apa yang patut sebelum majlis resepsi bermula.
|
Siti (anak pakcik Karim) dan Anuar - dua insan yang diraikan. |
|
Ayahanda Atan dan Pak Tam baru selesai makan malam. |
Tetamu yang datang pada malam tu kira agak ramai jugak. Terdiri dari jiran-jiran, saudara-mara, sahabat handai, serta kira-kira lima puluh anak-anak dari sekolah tahfiz atau sekolah agama Pusat Pendidikan Taqwa Genius dari Sungai Serai yang terletak berhampiran dengan rumah Pakcik Karim. Agak meriah jugaklah malam tu. Kalau tak salah aku ada empat khemah yang telah ditegakkan di hadapan rumah. Malam tu aje ada kira-kira lebih seratus lima puluh tetamu yang datang.
|
Saiful, adik Siti merangkap jurufoto pada malam itu. |
|
Sepupu-sepapat yang turut meraikan Siti dan Anuar. Nana tunjuk otot six pack pada perut Kois. |
|
Hafez menunjukkan cara yang betul membuat lambang 1 Malaysia. |
|
Pak Andak, salah sorang orang kuat di belakang tabir. |
|
Along Taufik dan Ardi. |
|
Zila, Suraya dan Nana sedang beborak santai. |
Aku nengok ada di kalangan jiran-jiran, kengkawan dan saudara-mara yang turut bantu membantu menyiapkan goody bag, buat hiasan bunga-bungaan dan macam-macam lagi. Yang best-nya ialah nampak muafakat dan kesepakatan dalam menjayakan majlis yang bersejarah ini.
|
Adik-adik dan adik sepupu pengantin perempuan. Semua ceria macam matahari. |
|
Ini Siti jugak. Tapi bukan Siti ni yang kahwin. |
|
Pakcik Karim - penat, tapi terus meraikan para tetamu yang hadir. |
|
Syura nak buat susu untuk Sabriena. Kalau Sabriena tak habis, barulah Syura tumpang minum sekali. |
|
Intan main nyorok-nyorok belakang tiang. |
Aku sebenarnya dah berasa mengantuk kira-kira jam sepuluh lebih lagi. Tapi aku akhirnya berbaring berdekatan ayah mentuaku kat ruang tamu kira-kira jam dua belas malam. Ipar-iparku tidur lagi lewat. Kalau tak salah aku, jam tiga empat pagi diorang masih berjaga lagi, sama ada buat kerja ataupun bersembang adik beradik kerana seronok berjumpa sesekali dalam majlis-majlis yang macam ni. Yang lelaki berbaring bersepah kat ruang tamu tingkat bawah. Yang perempuan, berbaring bersepah kat bilik tidur tingkat atas. Penat punya pasal, aku tidur agak nyenyak jugak pada malam tu. Zzzzzzzzzz....
|
Isteriku bersama anak-anak buahnya - Huda, Nadia, Seri dan Safiyah. |
|
Azira sedang melayan dua orang anak buahnya - Adrian dan Haris Qalif. |
|
Amier bila bosan, baca buku. Wanie bila bosan, termenung. |
|
Dua orang adik beradik, Yaya dan Syura sedang melayan sepupu cilik mereka, Sabriena. |
|
Masa untuk membungkus makanan yang lebih. Seperti biasa, Mak Tam jadi ketua. Nana turut menbantu. |
|
Ika dan Akid turut bungkus makanan dalam plastik untuk dijual di pasar malam berdekatan. |
|
Gotong royong bungkus makanan. |
|
Pak Ngah - pengurus bahagian hal ehwal kebersihan awam. |
|
Hairi melayan anak sulungnya, Adrian. |
|
Pak Ngah lagi. |
|
Kamilia kupas telur rebus, keluar anak ayam serama. Siap berkokok lagi. |
|
Akid membantu ibunya menuang kuah dalca. |
|
Para tetamu yang turut membantu menyiapkan keperluan untuk esok. |
|
Pak Ngah tolong basuh periuk, kerja yang tak glamer, tapi sangat murni. |
|
Sedang menyiapkan bunga berhias. |
|
Adam, adik pengantin. |
|
Amier gembira di samping Salleh. |
No comments:
Post a Comment