21 Julai 2015 - Rasa macam dah lama sangat aku tak masukkan entry. Memang pun. Sejak mak dan ayah aku tak berapa sihat, aku kena luangkan masa lebih untuk menjaga mereka. Bawak mereka berubat, layan makan minum dan perubatan mereka. Syukur, sekarang mereka dah okay sikit. Aku ambillah sedikit masa untuk menyambung projek masukkan blog entry untuk korang baca.
Pada hari ini, kami duduk di rumah. Menerima kunjungan tetamu yang nak datang beraya. Antara yang datang ke rumah kami termasuklah sepupu aku dengan keluarganya. Kak Hashimah, Abang Jamal dan dua orang anak mereka. Kami memang selalu standby makanan kat rumah. Kalau ada tetamu yang datang, kami akan terus sediakan makanan macam kat restoran.
|
Abang Jamal dan anaknya Huzir. |
|
Ibuku sedang berbual dengan Kak Shimah. |
Tetamu selanjutnya adalah kawan baik dan kawan lama isteriku, Ienah. Dia datang dengan keluarganya. Mereka duduk kat Raub, Pahang. Sementara ada kat KL ni, mereka singgah sebentarlah di rumah kami. Kami satu keluarga memang dah kenal sangat dengan Ienah. Pasal dulu, dia selalu jugak berkunjung ke rumah kami.
Bila maghrib hampir tiba, mereka mintak diri untuk pulang. Jauh perjalanan mereka untuk ke Raub. Kalau lambat bertolak, lambat pulaklah sampainya. Tak sampai sepuluh minit meninggalkan rumah kami, tetiba Ienah call wife aku. Kereta mereka tersangkut di tengah jalan. Dan tak boleh nak masuk gear pulak. Aku datang tengok. Tapi tak ada apa yang boleh aku lakukan pasal aku tak pandai sangat ilmu membaiki kereta. Jadi aku bawaklah husband Ienah, Muhammad ke bengkel kereta yang masih bukak kat Ampang. Lalu foreman tu nengok kereta, dan bawaklah kereta yang rosak tu ke workshop. Nak repair malam tu memang tak sempat, pasal woprkshop dah nak tutup. Maka Muhammad kenalah tinggalkan kereta dia kat bengkel semalaman. Dan datang balik esok paginya.
Kami mempelawa keluarga Ienah untuk bermalam di kondo ibuku yang terletak tak jauh dari rumah kami. Mereka bermalam di situ sebelum esoknya mereka ke bengkel untuk melihat kondisi kereta mereka yang rosak. Agak siang jugaklah baru kereta mereka siap di-repair. Kena RM600 jugaklah. Dan setelah itu barulah mereka meneruskan perjalanan jauh ke Raub untuk pulang ke rumah. Terima kasih kerana sudi menjenguk kami di sini.
|
Bersama Ienah. |
|
Kawan rapat ketika sama-sama bekerja di Jusco dan terlibat dengan grup teater dulu. |
|
Anak Ienah turut bergambar sekali. |
|
Sabriena pun join sekali. |
|
Bergambar dengan ibuku pulak. |
|
Masih dengan ibuku. |
|
Selepas ni mereka berangkat pergi. |
No comments:
Post a Comment