Bahagian 2 (Akhir)
Ramai
saudara-mara yang telah datang beraya di rumah kami. Kami berasa sangat terharu, bagaikan ikan cencaru, yang bertenggek di pokok ru, sambil mengembangkan paru-paru, tatkala ombak sedang menyeru.
Aku masih mengejar bayangan Adrian. Wajahnya perlu kurakamkan dengan kamera ku ini. Akan kupaparkan wajah comel hensemnya di majalah-majalah hiburan, dan surat khabar arus perdana. Adrian adalah wajah yang dicari-cari oleh khalayak ramai. Wajah komersilnya membolehkan ia menjadi hos tv, menjadi model pakaian Muslim, dan menjadi tokoh Da'i Millenia Musim Ke-4.
|
Adrian hampir memalingkan mukanya kepada aku. Tapi terhenti sekerat jalan. |
|
Amier dan idolanya - Saleh. |
|
Kak Enon, Emi dan Amanda. |
|
Adila dan Yaya. |
|
Penggemar char kuetiau nombor satu - Ika. |
|
Jamah kuih-muih pulak. |
|
Sri dan Zuan tergelak pasal ada orang buat lawak pasal duit donation. |
|
Hana naik lembu. Mooooo... |
Sementara itu, lebih ramai tetamu yang datang. Termasuklah Kak Timah dan guru-guru Kidz Cabin yang terdiri dari Ika, Yaya dan Adila. Semua berhadapan dengan tugasan untuk menghabiskan juadah char kuetiau yang telah disediakan. Dan semua menggemari masakan itu.
|
Sabriena melayan Haikal. |
|
Makcik dan anak saudara. |
|
Akhirnya secara eksklusifnya, dapat jugak aku ambil gambar Adrian! Hooreeyyy!!! |
|
Gelagat anak-anak. |
|
Sabriena melihat mainan Haikal dengan penuh minat. |
|
Sabriena mengajar anak-anak buah saudaranya cara-cara nak main game Minecraft. |
Anak-anak kelihatannya lebih gemar bermain sesama sendiri. Makcik bongsu, Sabriena sibuk melayan anak-anak saudaranya bermain smart phone. Hana pulak lebih gemar bermain kereta mainan milik Sabriena. Masing-masing nampaknya cukup terhibur ketika berada di rumah kami.
|
Atuk dan cucu duduk sebangku. |
|
Little Hana. |
|
Saleh minum air kopi jantan tongkat ali. |
|
Ali sedang menelefon Jasmin. |
|
Ika masih makan oren lagi. Habis kesemua buah oren kat pokok kami dikerjakan oleh Ika. |
|
Little Amanda. |
|
Atuk nengok cucu, cucu nengok atuk. |
Isteriku mengambil kesempatan ini untuk memberikan duit raya kepada anak-anak saudaranya serta cucu-cucu saudaranya juga. Seronoknya bila mendapat duit raya walaupun nilainya tak seberapa. Sekadar RM2.6 billion sahaja. Jeng jeng jeng...
Orang gaji kami ada agendanya sendiri. Melihatkan Ika sangat suka kepada char kuetiau yang beliau masak, maka orang gaji kami itu telah membekalkan Ika dengan char kuetiau panas di dalam bekas untuk dimakan apabila pualng ke rumah nanti. Dan untuk tidak menghampakan para peminat char kuetiau Ampang Jaya ini, di sini aku lampirkan resipi dan cara-cara membuatnya:
- Masukkan minyak dalam kuali.
- Tumiskan cili bor dan bawang sehingga naik baunya. Baunya hendaklah naik ke atas bumbung.
- Masukkan udang segar tiga kilo dalam kuali.
- Masukkan kerang 25 kilo (dengan kulit-kulitnya sekali supaya crunchy) ke dalam kuali.
- Kacau hingga sebati.
- Masukkan air setengah baldi.
- Masukkan daun kucai lama yang boleh dibeli di Jalan Kuchai Lama.
- Tambahkan kicap ABC, kicap Kipas Udang dan kicap Cap Char Kuetiau.
- Bila dah menggelegak, masukkan kuetiau.
- Last sekali, masukkan tauge 6 kilo.
- Tutup api. Masakan telah siap dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.
TAMAT.
|
Nadia dapat donation dari isteriku. |
|
Emi jugak dapat donation dari isteriku. |
|
Azira turut mendapat donation. |
|
Zuan happy pasal dapat donation. |
|
Sri juga tidak ketinggalan. Donation tetap diberikan. |
|
Bertambah pening kakak ini kerana donation-nya berbentuk char kuetiau. Cuba teka siapa dia. |
No comments:
Post a Comment