m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, September 16, 2015

10 Syawal 2015: Perkahwinan di Kalumpang

26 Julai 2015 - Masih lagi di bulan raya. Masih ada orang buat open house. Ada jemputan di sana sini. Menjamu saudara-mara dan sahabat handai. Kebanyakan jalan-jalan besar di pinggir Kuala Lumpur tengah sibuk sesak dengan kenderaan yang lalu-lalang menuju ke destinasi jemputan Hari Raya. Kali ini kami lari keluar dari Kuala Lumpur. Keluar dari Lembah Kelang. Kami lari ke utara. Taaaaakkkk! Bukan lari sampai ke Kutub Utara!! Sampai ke sempadan Tanjung Malim aje. Sampai ke Kalumpang.

Bergambar di pelamin.
Kombinasi warna yang pelbagai.
Makcik-makcik, anak-anak saudara dan cucu-cucunda.
Empat jejaka hensem - Kois, Hafez, Wawan dan Denden.
Yes! We are still here!
Abang Zai dan Abang Ngah sedang menonton teater legenda.
Santai setelah makan dan minum.
Zila dan Suraya.
Di Kalumpang, kami menghadiri satu jemputan perkahwinan. Perkahwinan di antara adik kepada birasku, Abang Hasni dengan saudara Iss yang kami kenali sebagai The Magician! Iss memang cukup terkenal dengan kehandalannya bermain silap mata. Yang paling terhebat, ada sekali tu Iss telah menghilangkan seluruh pekan Kalumpang untuk suatu jangka masa yang agak lama, dengan hanya menyebut "Zam zam ala kazam!" He he he... David Copperfield pun tak boleh buat macam tu.

Koas menonton teater legenda dengan penuh penghayatan.
Berehat sementara menanti agenda yang seterusnya.
Persembahan teater legenda bertajuk "Keluarga Yang Pemarah".
Kami sampai ke tempat majlis agak terlewat sebenarnya. Kami memang perasan menu juadah yang dihidangkan untuk para tetamu memang pelbagai. Tetapi time kami sampai, menu dia dah kurang sikit. Tak apa. Kami makanlah apa yang ada. Pun dah berasa sangat puas hati. Para tetamu turut disajikan dengan satu persembahan teater bertajuk "Keluarga Yang Pemarah". Pelakonnya terdiri dari anak-anak sekolah tempatan yang menunujukkan bakat mereka dalam bidang lakonan. Aku tak mengikuti persembahan ini dari mula. Jadi aku tak berapa faham jalan ceritanya.

Sabriena nak mintak makan.
Kois dan Amier sedang berbicara pasal fenomena jerebu yang melanda negara.
Anak-anak saudara dan makcik-makcik.
Setelah makan, kami pergi solat asar di surau. Ambil wuduk dengan air sungai yang sejuk. Menggigil terketar-ketar tubuhku. Setelah solat, Amier dan Sabriena meluangkan sedikit masa menjenguk ayam dan itik yang dipelihara di dalam sangkar. Amier hulurkan daun-daun kering yang gugur. Itik dalam sangkar meluru menyudu dan memamah daun kering itu dengan penuh kelazatan. Seronok Amier dan Sabriena melihat gelagat itik-itik itu. Aku pulak lebih seronok membayangkan betapa enaknya itik-itik itu dipanggang atau dimasak rendang!

Amier nak ambil wuduk. Tapi tak tahu nak guna saluran air yang mana satu.
Air paip dari sungai ini memang sangat sejuk.
Amier sedang membetulkan seluarnya yang terlondeh.
Sabriena melayan itik di dalam sangkar.
Seronok melihat itik dan ayam.
Selepas solat, kami minta diri untuk beredar. Kami perlu hantar Wanie ke asrama Kajang pulak. Bergambar seketika dengan keluarga pengantin yang berbusana sedondon warna putih berkilau. Sebelum pulang, kami terserempak pulak dengan Brader Dollah - anak angkat Allahyarhamah bonda mentuaku, dan jugak kawan akrab Facebook ku. Bergambar dengan beliau sebelum pergi meninggalkan pekarangan majlis. Kepada saudara Iss dan isteri, selamat pengantin baru!

Keluarga pengantin yang cantik berhias.
Iss bersama isteri dan mentua-mentuanya.
Bergambar bersama pengantin.
Kawan FB ku - Brader Dollah a.k.a. Ab Salim.
Last shot sebelum bergerak pulang.

1 comment:

  1. Terima kasih Bro Adi sebab potong kan Queue... he he he :D

    ReplyDelete