25 Julai 2015 - Kami mendapat undangan untuk ke open house hari raya. Kawan sepejabat wife aku, Kak Hazi telah menjemput kami untuk makan-makan kat rumahnya. Dan kami pun pergilah. Pada tahun-tahun yang lepas, kami memang selalu datang lewat. Kali ni datang awal sikit. Macam-macam makanan tersedia untuk dimakan oleh para tetamu. Antara yang menjadi pojaan hatiku adalah chicken wings bakar berkilat. Selain dari itu ada jugak cakoi special, dan nasi lemak special. Itu tak termasuk cendol dan kuih muih lagi. Kami makan sampai kenyang. Sangat kenyang.
|
Wanie dan Amier sedang enak menjamu selera. |
|
Sabriena makan chicken wing. |
|
Sedap sungguh, hingga menjilat jari. |
|
Sabriena masih bersungguh-sungguh menggigit kepak ayam tadi. |
|
Sampai comot mulut Sabriena. |
Tiba-tiba hujan turun dengan sangat lebatnya. Makanan di atas meja terpaksa dialihkan. Khuatir makanan jadi berkuah bila ditimpa hujan. Tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus duduk makan. Setelah kenyang, kami pun memohon diri untuk berlalu. Kami mengucapkan terima kasih kepada keluarga Kak Hazi. Dan semoga tahun depan akan dijemput lagi.
|
Wanie makan cendol pulak. |
|
Amier rehat sebentar sebelum menyambung makan. |
|
Berlatar belakangkan taman yang hijau. |
|
Di meja makan. |
|
Bersama Kak Hazi. |
|
Masih bersama Kak Hazi sebelum meminta diri. |
No comments:
Post a Comment