9 Ogos 2015 - Semalamnya, setelah kami beraya di
rumah Pakcik Rizali, kami telah menuju terus ke rumah Pakcik Tahar. Sesampainya kami di sana, kami nengok suasana sangat lengang. Tiada tetamu, tiada hidangan, tiada api dan asap barbeque. Kami bagi salam beberapa kali. Akhirnya Pakcik Tahar keluar dari rumah menjemput kami masuk. Kami pun masuk ke dalam dan duduk di ruang tamu. Pakcik Tahar kata, jemputan makannya ialah pada esok hari. Dah tukar. Hasyimi tak sempat nak bagi tahu agaknya. Ooooohhh... begitu rupanya. Setelah bersembang ringkas, kami pun pulanglah ke rumah.
|
Sepupuku Hasyimi sedang membungkuskan kami makanan untuk dibawa pulang. |
|
Pakcik Tahar menmbelek telefon sejenak. |
|
"Mi kari satu siap!!" |
Pada tarikh yang sepatutnya, aku dah terlupa sebenarnya pasal jemputan makan hari raya ni. Sehinggalah Pakcik Tahar menelefon kami. Mengingatkan kami untuk datang ke rumahnya. Masa tu dah agak lewat malam jugak. Tapi kami datang jugak untuk memenuhi jemputan. Di rumah Pakcik Tahar, kami nengok masih ramai tetamu yang ada. Malah Pakcik Rizali dan Azfar pun ada jugak. Kawan-kawan Hasyimi sedang sibuk membakar ayam. Pakcik Tahar pulak sedang berehat di ruang tamu.
|
Setelah makan. Berasa sangat happy. |
|
Kejap lagi nak balik rumah. |
|
Anak-anak bersama mama. |
|
Amier dan Sabriena pun dah kenyang makan nasi ayam. |
Setelah dijemput, kami terus memulakan makan. Aku terus pergi mendapatkan nasi ayam. Ambil seketul ayam barbeque dan dimakan bersama nasi ayam. Bukan main terbuka selera aku pada malam tu. Aku tambah lagi nasi ayam. Ambil lagi seketul ayam. Bagi aku barbeque ayam tu memang sangat hebat. Ada menu lain seperti mi kari dan sebagainya. Tapi aku lebih cenderung kepada memakan nasi ayam berlaukkan ayam barbeque. Sebelum pulang, kami telah dibekalkan dengan nasi ayam, mi kari, dan ayam barbeque yang berketul-ketul banyaknya. Happy bukan main aku, pasal aku memang sangat suka ayam barbeque tu. Kami bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada semua kerana telah menjemput kami untuk makan-makan sempena syawal ini.
|
Bersama Pakcik Tahar. |
|
Pakcik Tahar berambut putih, tetapi lebat. Aku berjanggut putih, kepala botak. |
No comments:
Post a Comment