m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, September 20, 2015

11 Syawal 2015: Dino, Ardi dan Anding datang beraya

27 Julai 2015 - Raya tahun ini memang tak macam raya pada tahun-tahun sudah. Kali ini kami memang lebih banyak menanti tetamu, berbanding pergi bertamu. Tetamu pada malam ini adalah teman-teman kami, Dino (wartawan dan pembaca berita Astro Awani) serta keluarganya, Ardi (adik kepada Anding) dan...... Anding lagi? Ya! Anding bertamu lagi ke rumah kami. Kenapa ya? Biar aku kisahkan rahsia di sebalik kehadiran Anding pada kali ini. Kali yang ketiga. Sungguh menyayat hati.

Dino bersama ibunya, serta ibuku.
Ardi bersama ayah kepada Dino.
Sedang menikmati juadah char kuetiau.
Masih di meja hidangan.
Anding baru tiba, dan terus menikmati char kuetiau.
Anding dan ayah kepada Dino.
Ardi - adik kepada Anding.
Dino bersantai di suatu sudut ruang tamu.
Adikku bersembang dengan para tetamu.
Ibuku bersama ibu kepada Dino.
Setelah salin pakaian, orang gaji kami bergambar bersama Anding.
Tetamu datang, tetamu pergi. Hari demi hari. Silih berganti. Orang gaji Indon kami terus-terusan sibuk di dapur menyediakan juadah untuk para tetamu. Pada raya hari kedua, Anding datang ke rumah kami. Maid kami menyediakan makanannya. Tetapi tak berkesempatan untuk bergambar bersama Anding. Pada raya hari kesembilan, Anding datang lagi. Maid kami masak dan menghidangkan makanan lagi. Tapi masih belum berkesempatan bergambar bersama Anding. Kami pun tak pernah terdetik dalam fikiran kami akan keinginan orang gaji kami untuk tumpang glamer dan bergambar dengan teman selebriti kami itu. Bila keinginan itu diluahkan kepada adikku, lantas adikku menelefon Anding. Bila Adikku memaklumkan Anding mengenai perkara ini, Anding langsung tidak keberatan untuk datang lagi dan memenuhi permintaan dan hajat peminat Indonesianya ini.
 
Masih bergambar dengan Anding.
Tiba-tiba berasa malulah pulak.
Anding tak kisah langsung bergambar banyak-banyak bersama orang gaji kami.
Posing sambil duduk pulak.
Setelah selesai memasak, selesai menghidangkan makanan buat para tetamu, orang gaji kami pun masuklah ke dalam bilik, menyalin pakaian, dan bersiap sedia untuk sessi fotografi. Anding tanpa berasa keberatan telah melayan peminatnya ini dengan tenang. Pada kala ini, keutamaan kami berikan kepada orang gaji kami itu. Kami biarkan dia bergambar dengan Anding sampai puas. Berjuta-juta keping gambar telah diambil dengan menggunakan kamera XLR dan i-phone.

Ber-selfie sejenak.
Aku bersama pemuda misteri - The Arrow.
Adikku dan Anding.
Ibu dan ayah kepada Dino.
Sabriena makan kuih.
Sabriena makan kuih sampai mulut menjadi cencomot.
Setelah selesai sessi bergambar bersama selebriti, kami sambung bersembang dan makan-makan. Subjek sembang kami aku pun dah tak ingat. Yang aku ingat hanyalah sembang kosong mengenai perkara-perkara remah seperti sembang pasal teh-o-kosong dan kopi-o-kosong, pasal lagu Najwa Latif berjudul Kosong, pasal peribahasa 'tin kosong' dan pasal konsep half-full dan half-kosong. Sebelum pulang, kami ambil group photo di ruang tamu. Itulah penutup bagi acara pada malam ini. Kepada para tetamu - Dino, ayah Ddino, ibu Dino, Ardi, dan Anding, kami mengucapkan banyak terima kasih kerana sudi datang menjengah kami di sini. Selamat Hari Raya Haji Aidiladha.

Ardi bersama facial expression-nya yang tak dapat dikenal pasti.
"There's a fly in my char kuetiau", kata Anding.
Ibuku mendengar perbualan para tetamu.
Isteriku ligat bersembang bersama ibu Dino.
Bercerita pasal MLM.
Satu babak dalam drama bertajuk "Ini Semua Salahkau!"
Ibuku memerhatikan Sabriena makan char kuetiau.
Gembiranya si Sabriena.
Group photo.
Group photo versi free style.
Adikku bersama Ardi dan Dino.
Aksi-aksi kelakar oleh kedua-dua orang tetamu ini.
Serius seketika.
The brown hooded mystery man. Could he be the second half of the Arrow?
Di samping teman-teman tetamu.
Ardi dengan aksi terkejut.
Dino and I versi photo edit yang telah dilakukan oleh isteriku.

No comments:

Post a Comment