15 Ogos 2015 - Suatu masa dulu, sepupu isteriku - Abang Suhaimi telah menjemput kami untuk ke majlis perkahwinan anak lelakinya. Itu adalah majlis menerima menantunya yang pertama kali. Masa tu kami tersalah haribulan. Patut majlis hari Sabtu, kami datang hari Ahad. Kali ni kami dijemput lagi. Dua orang anak teruna Abang Suhaimi dikahwinkan serentak. Kami catatkan betul-betul dalam kalendar. Tak nak tersalah tarikh lagi. Dan pada hari yang telah ditetapkan ini, kami pun berkunjunglah ke majlis. Bersama kami ialah Kak Esah dan anak-anak.
|
Intan dan Kak Esah sedang makan. |
|
Yaya dan Intan. Jugak tengah makan. Intan makan dua kali. |
|
Wanie pun tengah makan jugak. |
|
Sabriena makan sampai comot seluruh mulut. |
|
Isteriku jugak tengah makan. |
|
Semua orang tengah makan. Kenapa semua orang tengah makan? |
|
Isteriku bersama anak saudaranya, Yaya. |
|
Kak Esah sedang menikmati kelazatan nasi minyak yang sangat luar biasa. |
Kami ke dewan majlis selepas solat zuhur di rumah Kak Esah. Dewan majlis pun cuma seteriak aje jauhnya dari rumah Kak Esah. Setelah bersalaman dengan Abang Suhaimi dan isterinya, kami masuk ke dalam dan mula menikmati hidangan yang disediakan. Setelah makan, para tetamu disajikan pula dengan persembahan muzik akustika oleh sekumpulan anak-anak muda yang berbakat besar. Sedang aku berehat di meja makan, tiba-tiba wajahku berpaling ke arah anak-anak muda yang bermain muzik tadi. Mereka membawakan lagu 'Assalamualaikum' yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir. Itu memang salah satu lagu kegemaranku. Dan anak-anak muda itu telah mendendangkannya dengan baik sekali. Aku turut ikut menyanyi dalam suara yang sangat perlahan, sambil kaki menghentak-hentak lantai mengikut tempo.
|
Sabriena sedang minum air sirap warna merah. |
|
Kumpulan band yang paling top di zaman ini. |
|
Penyanyi utama kumpulan ini. |
|
Dua pasangan pengantin. |
|
Anak-anak Abang Suhaimi adalah anak teruna. |
|
Berkumpul untuk bergambar. |
|
Di luar dewan majlis. |
|
Bersama ibu pengantin lelaki. |
Setelah kesemua anak-anak selesai makan, dan aku pun dah agak puas mendengar dendangan lagu dari anak-anak muda tadi, kami mohon diri untuk pulang. Bersalaman dan bergambar dengan Abang Suhaimi serta isteri sebelum melangkah pergi. Terima kasih kepada keluarga Abang Suhaimi. Dan tahniah kerana menerima dua menantu sekali gus.
|
Bergambar dengan Abang Suhaimi serta isterinya. |
No comments:
Post a Comment