30 Ogos 2015 - Pada masa cuti sekolah dulu, aku sempat mengajak wife aku dan Syahmie untuk memancing keli di lubuk Tepian Rimba, Hulu Langat. Ikan kat sini taklah besar sangat. Taklah berkilo-kilo beratnya. Tapi setakat nak dapatkan keli tu rasanya tak susah sangat. Malah tempat ni dah menjadi medan aku melayan gatal tangan nak menggulung tali di gelendung untuk menaikkan ikan.
|
Aku dan Syahmie sebelum memulakan pancingan laut dalam. |
|
Syahmie menanti umpannya diragut ikan. Hari ini jamahan ikan agak kurang bagi Syahmie. |
|
Port ini biasanya banyak keli berkeliaran. |
|
Anak ini sering mengendeng kat kami nak tumpang pancing. Namanya aku dah lupalah. |
|
Aku dibantu oleh anak ini ketika memancing. |
|
Melepaskan mata kail yang tersangkut di mulut sang keli. |
Aku meletakkan sasaran 50 ekor ikan keli dalam masa 3 jam pada ekspedisi kali ini. Maknanya satu orang patut dapat naikkan 17 ekor ikan secara purata. Mengikut pengalaman lalu, aku nengok Syahmie dah pandai memasang umpan dan melepaskan ikan keli dari mata kail. Sebab tulah sasaran aku kali ni agak tinggi. Sehari sebelum ke kolam pancing, aku telah membeli umpan seperti cengkerik dan jantung ayam. Ini memang merupakan killer bait untuk ikan yang berkumis tebal bak Datuk K ini.
|
Bergambar bersama Bob (nama yang aku berikan kepada anak ini). |
|
Two thumbs up. |
Kami terus memulakan pancingan setelah sampai di kolam. Kami duduk kat port yang biasa kami pancing. Tapi kali ini keli bagaikan tak berapa galak menjamah cengkerik, mahupun jantung ayam. Malah selepas keli dilepaskan ke kolam pun, tingkah keli masih dingin terhadap umpan yang dihulurkan. Bakul ikan kami masih belum penuh. Tetapi aku masih berfikiran positif. Target 50 ekor keli masih kuharapkan dapat dicapai.
Masa terus berjalan sehinggalah cukup tempoh memancing kami selama 3 jam. Menyedari target 50 keli ku itu masih belum tercapai, aku tambah lagi setengah jam. Dan setengah jam berlalu dengan sangat pantas. Aku tak pasti sasaranku telah tercapai atau tidak. Tetapi dalam hatiku terdetik, setakat 40 ekor keli lebih sudah pasti ada di dalam bakul. Kami timbang berat kesemua ikan. 7.5 kilo kesemuanya.
|
Isteriku menghadiahkan anak ini sedikit imbuhan kerana telah menaikkan tilapia merah untuk kami. |
|
Keli dalam bakul. Tilapia merah di tangan. |
Oh ya! Ketika memancing, kami telah didatangi oleh seorang anak berbadan sado yang mengendeng-ngendeng nak memancing dengan kami. Dia datang dengan ayahnya yang memancing ikan tilapia merah. Aku nengok dalam bakul ayah anak itu, penuh dengan tilapia merah. Memang beliau sudah pakar memancing ikan itu, fikirku. Sesekali kami benarkan anak itu menggunakan joran kami untuk memancing ikan. Anak itu kelihatannya sangat arif dengan selok-belok dunia memancing. Dia juga telah berjaya menaikkan seekor ikan tilapia merah untuk kami. Kami sempat bergambar dengan anak itu sebelum meninggalkan kolam pancing.
|
Tiga orang pemancing tegar. |
|
Bakul ikan ditimbang. |
|
Sebelum berangkat pulang. |
|
Jumlah ikan seberat 7.5 kilogram. |
Dari kolam pancing, kami ke sebuah restoran mamak berdekatan. Kami order rojak dan nasi beriyani ayam. Boleh tahan jugak rasanya, especially dia punya rojak. Lain dari yang lain. Kami pekena air durian belanda ice-blended. Bukan main fancy lagi presentation dia. Tapi rasa dia biasa-biasa aje.
Di rumah, aku hitung jumlah ikan keli yang berjaya kami pancing. Adakah target 50 keli berjaya dicapai. Satu, dua, tiga, empat, lima, enam,..... dan tiga puluh sembilan! Alamak! Kurang seekor aje nak jadi 40 ekor. Jadi jumlah tangkapan kami adalah 39 keli dan 1 tilapia merah. Syukur. Target memang tak tercapai. Tapi kepuasan memancing tetap dirasai. Walaupun cuma si keli bermisai galak!
|
Rojak mamak spesel. Sedap jugak rojaknya. |
|
Nasi beriyani lauk ayam. Boleh tahan jugak masakan yang ini. |
|
Ice-blended durian belanda. Sangat fancy hiasannya. |
No comments:
Post a Comment