8 Ogos 2015 -Sebelum kami berkunjung ke
rumah Zahin, kami telah pergi beraya di rumah Pakcik Rizali dulu. Kami satu keluarga pergi beraya di sini, melainkan ayahku aje yang berasa agak kurang sihat pada ketika itu. Setelah meredah kesesakan lalu-lintas yang tak begitu kronik, kami pun sampailah ke destinasi - rumah Pakcik Rizali. Di sana kami dapati keluarga Kak Ana dan Abang Mohd Nor telah mula menyantap juadah istimewa - nasi dagang Terengganu. Kak Ana datang dengan anak-anak dan menantu-menantunya sekali. Kak Eli dan Kak Yanti pun ada jugak. Kami pun tak tunggu lama untuk memulakan makan nasi dagang yang sangat hebat ini, hasil air tangan Makcik Noorizan. Sebelum memulakan makan, hendaklah kita membaca doa makan. Kemudian hendaklah kita berpantun dulu. Begini pantunnya:
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
DAGANG Pak Malau DAGANG bertempat,
DAGANG hamba musafir lalu.
Lepas tu barulah boleh makan nasi dagang tu dengan gembiranya.
|
Abang Zul (suami Kak Yanti) dengan salah seorang menantu Kak Ana. |
|
Amier dan nasi dagang. Amier suka makan ikan dia. |
|
Yana dan Sabriena yang comot. |
|
Abang Mohd Nor dan Pakcik Rizali sedang berbual mengenai tragedi di Mina baru-baru ini. |
|
Sisters in the house. |
|
Kombinasi adik-beradik, anak-anak, makcik-makcik dan sepupu. |
|
Ibuku bersantai di atas kerusi roda. |
|
Sabriena bersama Atuk Rizali. |
|
Pa dan baby-nya yang sangat comel. |
|
Menikmati juadah masakan Malaysia. |
|
Bersembang sambil makan-makan. |
|
Amier masih setia dengan nasi dagang. |
|
Nasi dagang jugak nampaknya sangat setia dengan Amier. |
|
Yana dan neneknya. |
Kat rumah Pakcik Rizali, kami memang tak buat benda lain. Kami biarkan orang-orang tua bersembang pasal hal-hal semasa. Dan aku serta anak-anak akan menikmati dengan sepenuhnya keenakan segala juadah yang telah disediakan. Selain nasi dagang, ada jugak ketupat Pallas. Ketupat Adidas dan Nike tak sempat nak dibuat dan dihidangkan. Kami makan kuih-muih, minum air dingin, releks-releks kat laman rumah. Sampailah datang arahan untuk pulang ke rumah. Kepada Pakcik Rizali dan Makcik Noorizan, kami ucapkan terima kasih kerana menjemput. Juadah yang dihidangkan sangat-sangatlah sedap. Nanti kalau ada masa lapang, kami datang lagi ya?
|
Makcik Noorizan melayan tetamu setelah penat menyediakan makanan di dapur. |
|
Family photo sebelum bersurai. |
|
Sabriena bersantai di laman rumah. |
|
"Satu Malaysia", itulah laungan Sabriena. |
|
Amier pun duduk kat laman rumah jugak. |
|
Nyamannya mendapat udara segar di taman. |
|
Kalau tidur lagilah seronok, kan? |
No comments:
Post a Comment