8 Ogos 2015 - Masih lagi di bulan Syawal. Kali ini Amier pulak yang mengajak aku untuk beraya di rumah kawan sekolahnya. Oleh kerana Amier beiya-iya benar nak aku teman dia ke rumah kawannya yang bernama Zahin, maka aku turutkan sajalah kehendaknya. Rumahnya sangat dekat dengan rumah kami. Cantik rumahnya. Dengar khabar, telah dibina tak sampai setahun yang lalu. Dan ini merupakan Syawal pertama di sini bagi keluarga Zahin.
Rumah Zahin. |
Lawa rumah Zahin. |
Kami pada mulanya teragak-agak untuk masuk ke dalam. Tetapi kami memberanikan diri kami. Bersalaman dengan orang-orang yang ada di situ. Seorang pun kami tak kenal. Selepas bersalaman, barulah kami tahu yang menyambut kami itu adalah bapa kepada Zahin. Kira tuan rumahlah tu. Kami terus menanyakan Zahin. Dan setelah Zahin keluar, barulah kami mula menjamah makanan. Aku nengok menunya punyalah banyak. Dan nampak sangat menyelerakan pulak tu. Aku sempat menjamah laksa johor dan nasi Arab versi kambing. Kopi dan teh tariknya juga sangat enak. Agak lama jugak aku kat situ, membiarkan Amier bersama-sama teman-temannya yang lain-lain sambil makan-makan. Setelah agak lama, barulah kami minta diri untuk pulang. Sempat jugaklah aku berkenalan dengan kengkawan baru yang menjadi tetamu kepada keluarga Zahin. Terima kasih kerana telah menjemput kami.
Amier dan kengkawannya. |
Zahin yang pakai baju pink tu. |
Zahin dan Amier. |
Amier dan Zahin. |
Ada yang sedang menikmati kambing golek. |
Amier dan rakan-rakan sedang berbincang pasal hal-hal politik semasa. |
No comments:
Post a Comment