9 Ogos 2015 - Di hujung-hujung Syawal, kami berkunjung pulak ke rumah salah seorang kawan sekolah wife aku. Dekat kawasan Ampang jugak. Nama dia Rohaida. Jamuan ni kira macam pot-luck jugaklah pasal masing-masing kena bawak makanan masing-masing. Sendiri bawak, sendiri makan. Sendiri cuci pinggan. Tetamunya tak sebegitu ramai. Sekitar sepuluh orang aje. Atau mungkin jugak kurang dari tu. Memang saja buat gathering at small scale. Biar boleh bersembang lebih sikit dengan kengkawan rapat.
Anak-anak menjamu selera. |
Wife aku buat teh tarik dan masak cengkodok kat rumah Rohaida. |
Comotnya Sabriena makan. |
Kengkawan rapat yang masih belum pulang. |
Sembang-sembang kat ruang dapur. |
Erin menyuapkan cengkodok ke mulut isteriku. Rohaida memerhatikan. |
Amier menumpang selit pasal dia nak ambil cengkodok panas yang baru digoreng. |
Free style everyone! |
Sabriena berbaring sambil minum "cucu lilat"- nya (susu cokelat). |
Menyediakan angpau duit raya. |
Nasa pun ada jugak. |
Kalau datang rumah tetamu, mestilah makan dan minum. Jadi itulah yang kami lakukan. Aku dan anak-anak (Amier dan Sabriena) memang cuma makan dan minum aje. Wife aku bersembanglah dengan kengkawannya yang lain. Setelah tumpang solat asar, barulah kami berangkat pergi. Pergi meninggalkan rumah Rohaida. Kepada tuan rumah, kami ucapkan terima kasih kerana telah menjadi host yang baik.
Bersama Erin. |
Zumaidi datang beraya jugak. |
Mengira untung perniagaan jual kuih raya. |
Duit untung dimasukkan ke dalam sampul angpau. |
Zumaidi dan Nasa. |
Sabriena dan Amier bersantai di atas sofa. |
Menanti masa untuk pulang ke rumah. |
Amier di suatu sudut lanskap. |
No comments:
Post a Comment