24 Julai 2015 - Tetiba kami mendapat satu panggilan telefon dari anak-anak saudara kami. Katanya mereka nak beraya di rumah kami pada hari ini. Maka kami pun menunggulah di dalam rumah dengan punggung-punggung kami terpahat di atas kerusi sofa tanpa kami berganjak. Tepat pada waktu yang telah ditetapkan, tak kurang seminit, ataupun terlebih seminit, maka sampailah anak-anak saudara kami itu - Aniza dan Pian. Tetapi mereka datang dengan seseorang - Abang Zai dan Kak Long. Abang Zai dan Kak Long dah datang ke rumah kami pada hari raya pertama. Tetapi mereka telah didesak oleh anak-anak mereka untuk datang sekali lagi buat menemani Aniza dan Pian. Abang Zai telah cuba menyamarkan dirinya dengan berpakaian baju kurta. Aku hampir-hampir terpedaya dengan menyangkakan itu adalah seorang teman lain yang turut serta. Sehinggalah aku terdengar Pian memanggil 'ayah'. Barulah aku perasan yang orang yang berbaju kurta itu adalah Abang Zai sebenarnya.
Menantu mithali sedang mencedokkan ayah mentuanya sepinggan char kuetiau. |
"Satu senduk untuk ayah, dua senduk untuk saya. Satu senduk lagi untuk ayah, dua senduk lagi untuk saya". |
Kak Long sedang menikmati char kuetiau Ampang Jaya. |
Pian mendukung si kecil, Aqif. |
Aniza sedang menikmati juadah pada malam itu. |
Abang Zai dengan imej barunya. |
Yang Arief sedang menaiki motor berkuasa besar. |
Yang Arief baru nak parking motornya. |
Yang Arief masih dengan motornya. |
Motor ini telah diubah suai oleh Pak Sudin. Kini motor itu dah tak bunyi langsung. |
Kami jamu para tetamu dengan masakan char kuetiau. Nampaknya para tetamu menggemarinya. Mereka makanlah sampai kenyang. Setelah bersembang panjang pasal macam-macam hal seperti jerebu di Jelebu, mereka pun meminta diri untuk pulang. Sebelum pulang, isteriku sempat jugak memberikan sedikit donation kepada anak-anak buah dan cucu-cucu saudaranya. Terima kasihlah kepada semua kerana sudi menjenguk kami di sini.
Aniza dan Kak Long. |
Atok mendukung Aqif. |
Imej terbaru Abang Zai - Mujibur. |
Memperagakan pakaian kurta. |
Bersama salah seorang cucu saudara - Arief. |
Donation diberikan kepada Aniza. |
No comments:
Post a Comment