21 Julai 2015 - Jika pada hari semalamnya,
jiran kami datang beraya di rumah kami, kini pada pagi ini, mereka pulak yang menjemput kami untuk bersarapan di rumah mereka. Ini kira macam sarapan sambil berayalah. Best jugak datang beraya pada awal pagi. Maka pada pagi tu kami biarkan perut kami kosong seketika. Bila sarapan telah disiapkan, maka jiran kami tu, Azizah pun berteriaklah sekuat hati, "Di sana! Di sini dah siap masak. Boleh datang makan!!!" Maka kami pun terus serbu rumah Azizah dengan membawa perut yang kosong dan kontang.
|
Azizah sedang menghidangkan pelbagai juadah kepada kami. Farid dan Yana pun turut ada bersarapan di sana. |
|
Semua orang tengah makan dengan sangat khusyuk sekali. |
|
Yana ambil nasi lemak lauk ayam goreng. |
Kami dijamu dengan pelbagai juadah yang enak-enak. Antaranya adalah nasi lemak, roti canai, bihun goreng, ayam goreng serta kuih-muih. Dan pekena pulak dengan teh-o panas. Memang sangat kaw. Bertambah-tambah jugaklah kami makan. Aku sendiri bagaikan tak segan silu dan bagaikan tak tau malu kerana sanggup menghabiskan isi pinggan mangkuk di atas meja. Puas hati aku dapat makan kenyang-kenyang. Kepada Hairi dan Azizah, terima kasih banyak-banyak kerana telah menjemput kami makan breakfast raya secara eksklusif. Tahun depan boleh jemput lagi.
|
Nasi lemak ini memang sangat sedap. |
|
Syahmie jugak makan bertambah. |
|
Lepas ni kita tapau pulak mana-mana makanan yang tak habis tu. |
No comments:
Post a Comment