m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, September 8, 2015

6 Syawal 2015 - Melawat kebun buah-buahan antarabangsa

22 Julai 2015 - Setelah Abang Ngah dan Kak Timah anak beranak datang beraya di rumah kami, kami terus meluru ke Kampung Ampang Indah. Ke sebuah kebun tanaman ekzotik untuk mengutip hasil tuaian tanam-tanaman yang telah diusahakan oleh seorang pekebun moden, iaitu abang iparku, Abang Leman. Sebelum tu Kak Ita telah pesan suruh kami singgah ke rumahnya pasal dia sendiri ada menyediakan juadah untuk para tetamu menjamu selera. Jadi permintaan ini perlulah kami penuhi.

Kak Timah turut datang ke rumah Abang Leman.
Zuan anak-beranak pun ada.
Menyuapkan kerepek bayam ke mulut anak saudara yang tak suka makan sayur.
Walaupun malam agak lewat, kami tetap juga datang beramai-ramai ke sana. Maklumlah, masih bulan raya. Sampai malam buta pun masih boleh datang beraya (dengan izin tuan rumahlah). Kami terus masuk ke ruang tamu. Kak Ita menjamu kami dengan pelbagai makanan dah kuih muih yang berunsurkan tanaman. Semua juadah ini telah dituai dari kebun di halaman rumah yang nampak gayanya sangat menjadi suburnya. Ada kerepek bayam. Ada cili goreng manis. Dan macam-macam lagi makanan yang berunsurkan tumbuhan. Malah nasi beriyani yang Kak Ita hidangkan jugak berasal dari beras basmathi yang pokok padinya telah dituai dari bendang belakang rumah.

Sebahagian dari pokok buah-buahan di tapak semaian.
Kalau tak silap aku, ini pokok buah lai.
Ini pokok buah teen.
Setelah selesai makan, Abang Leman ajak aku bersiar-siar ke sekeliling kebun tanaman dengan menaiki four-wheel-drive. Mula-mula kami nengok ladang anggur yang buahnya sedang membesar. Dulu kami dah pernah makan sekali ketika musim anggur tahun sudah. Malah anggur ini jugak pernah dibuat jus seperti Ribena, dan telah dibotolkan untuk dieksport ke dalam dan luar negara. Setakat ni jus anggur Abang Leman ini telah dipasarkan di beberapa buah negara seperti di Brazil, New Zealand, Zimbabwe, Argentina, Canada, dan Amerika Syarikat (pengimport terbesar).

Dari ladang anggur, kami ke ladang strawberi pulak. Masih belum berbuah lagi. Tapi Abang Leman dah ada perancangan untuk membuat jem, dan aiskerim dan memasarkannya ke negara-negara di Asia Barat. Lain-lain tumbuh-tumbuhan yang turut ditanam termasuklah pokok buah teen, pokok buah lai, pokok buah epal, pokok buah kiwi, markisa, durian musang king, durian lion king dan beruang king. Sebenarnya banyak lagi pokok buah-buahan tempatan dan luar negara yang ditanam. Cuma tak dapat aku nyatakan di sini pasal senarainya terlalu panjang. Semoga Abang Leman beroleh kejayaan cemerlang dalam usaha menjadi pekebun moden dan berinovasi ini.

Pokok anggur yang sedang lebat berbuah.
Pokok teen semakin membesar.
Pelbagai pokok di tapak semaian.
Ini pokok strawberi.

No comments:

Post a Comment