9 Mei 2015 - Kami datang lagi ke Istana Bambu. Kali ini sebab ibuku yang buat request sempena hari jadinya dan sempena Hari Ibu juga. Adikku yang belanja makan. Ibuku diberi peluang untuk memilih tempat makan yang digemarinya. Dan inilah tempat pilihan ibuku - Istana Bambu.
|
Ibu dan isteriku mengambil tempat duduk masing-masing. |
|
Amier bagai kurang ada mood malam ni. Mungkin dia kelaparan. |
|
Adikku membuat pesanan. |
|
Ayahku memang suka kalau diajak makan kat restoran. |
|
Menanti pesanan tiba. |
|
Anak-anak turut menanti ketibaan makanan. |
|
Amier sedih pasal perutnya semakin berkeroncong. |
Kami tak kisah. Pasal makan kat sini dengan masakan ala-ala kombo Melayu-Siam memang sangat enak. Lebih enak lagi kerana ada orang yang belanja. Kalau kami datang ke sini, satu menu yang tak boleh dilupakan adalah masakan sotong telur masin. Bagi kami, itulah masakan yang unik dan enak. Lain-lain masakan pun sedap jugak. Aku secara peribadi suka jugak masakan lala masak sup. Kuah lala tu sangat sedap jika dihirup. TETAPI...
|
Menanti dengan sabar. |
|
Bilakah nasi dan lauk akan sampai? |
|
Sambil-sambil melayan i-phone. |
|
Makanan masih jugak belum sampai. |
|
Suka betul aku melihat bumbung dan siling bangunan ini. |
|
Macam biasa, Sabriena terus-terusan ceria. |
|
Bersiar-siar di tepi bendang. |
|
Masa ni padi masih belum berbuah lagi. |
Syarat untuk makan sedap ada dua. Pertama, perut kena lapar. Dan kedua, kena makan kat kedai. Jangan sekali-kali tapau dan makan dekat rumah. Nescaya segala kesedapan yang dijangka akan hilang ditelan waktu. Kami pernah try. Tapau macam-macam. Bila hidangkan kat rumah, selera jadi menyempit sedikit. Bila dijamah, rasanya taklah sehebat mana. Malah juadah yang telah dibeli masih banyak lagi yang tersisa di dalam pinggan. Maka nasihat aku, makanlah di kedai sahaja dengan suasana bendangnya.
Kalau waktu hujan, sudah pasti katak-katak akan berbunyi garau. Dan sesekali melintas lalu, masuk ke kawasan pelanggan makan. Aku sangat suka suasana ini. Kekadang ada iringan pemuzik jalanan. Rupa bentuk bangunan ini juga sangat menarik. Hampir seratus peratus diperbuat daripada buluh. Dah datang banyak kali pun aku masih kagum dengan senibinanya. Kepada adikku yang membelanja, aku ucapkan banyak terima kasih. Semoga rezeki lebih murah dan berkat. Amin.
|
Salah seekor katak jalanan yang berjaya aku ambil gambarnya. |
|
Fuh! Sudah sampai ikan siakap masak tiga rasa dan ayam masak gajus. |
|
Jemput makan tuan-puan semua. |
No comments:
Post a Comment