Hari ke-8 Syawal kami ke rumah Pakcik Udin di Petaling Jaya. Masa kami sampai kat sana, dah ada ramai orang lain yang sedang makan-makan dengan khusyuknya. Termasuklah sepupu-sepapat kami serta makcik pakcik kami yang telah tiba lebih awal. Aku jeling kejap kat meja makan. Wow! Nasi Al-Arabia yang telah mandi pagi. Atau dalam perkataan lain diistilahkan jugak sebagai "nasi mandy". Dan lauknya adalah kambing yang dimandikan dengan sabun terwangi di dunia, siap masuk bath tub lagi sebelum disembelih untuk dijadikan masakan kambing mandy. Aku dah boleh agak macam mana kehebatan rasanya. Tahun lepas kami datang lambat. Cuma dapat rasa sikit-sikit aje. Kali ni aku nak bedal habis-habisan dan bersungguh-sungguh.
|
Isteriku dengan Makcik Mini sedang geli hati mendengar ada orang buat lawak seram. |
|
Pakcik Udin adalah salah sorang dari adik ibuku. |
Sementara menanti meja makan dilapangkan, kami makanlah dulu kuih muih yang bagi aku semuanya sedap-sedap belaka. Makan kuih punyalah banyak sampai naik kenyang perut aku dibuatnya. Dan yang paling hebat ialah kek cokelat hasil buatan Makcik Razmah. Memang tiada tandingnya.
|
Syahmie sedang nak pilih kuih yang mana nak dimakan dulu. |
|
Sabriena bersama maid dan kakakku. |
|
Dua orang sepupuku - Hashimi dan Razman. |
Akhirnya masa yang ditunggu-tungu pun tiba. Kerusi kat meja makan telah dikosongkan. Lauk-pauk dan nasi telah ditambah dalam mangkuk dan pinggan. Apa lagi, aku pun dengan pantas dan tanpa membuang masa terus duduk kat kerusi dan memakan segala apa saja yang terhidang. Bermula dengan ketupat daun palas serta rendangnya yang hebat. Dan kemuncaknya ialah nasi mandy serta kambing mandy. Uhhh uhhhh uhhhh.... terkial-kial rahangku tatkala mengunyah makanan itu kerana terlalulah sedapnya. Kalau nak ikutkan hati, nak aje aku mengembek sekuat hati bagi meraikan kejayaan aku mendapatkan makanan sesedap itu pada masa itu. Bertambah jugaklah aku makan.
|
Bergambar keluarga sebelum makan besar. |
|
Mmmmm... sedapnya semua makanan ini. |
Tak lama selepas tu, kawan kami, Anding pun datang dengan adikku beraya bersama kat rumah Pakcik Udin. Kami pun bersembang-sembanglah dengan Anding. Dan sebagai selebriti, mestilah ada di antara kami yang nak bergambar jugak dengan Anding. Anding langsung tak keberatan demi menjaga hati peminat-peminatnya. Anding jugak sangat peramah dengan kami semua, walaupun ada di antara tetamu di rumah tu baru first time dia jumpa.
|
Anding bersama ayahku. |
|
Anding bersama ibuku. |
|
Ibu dan anak. |
|
Ibuku bersama Hani. |
|
Pakcik Udin bersama anak bongsunya - Raziq. |
|
Pakcik Tahar dengan anak bongsunya - Hashimi. |
|
Bergambar ramai-ramai dengan selebriti - Take 1. |
|
Bergambar ramai-ramai dengan selebriti - Take2. |
|
Bergambar ramai-ramai dengan selebriti - Take3 |
Setelah kenyang yang bukan kepalang ketika berada di sana, kami pun mintak izinlah untuk pulang. Aku ingat nak mintak tapau sikit buat bekal makan dalam kereta. Tapi seganlah pulak. Aku ucapkan complement kepada Makcik Razmah kerana masakan yang hebat yang dihidangkan kepada kami. Memang beraya di rumah Pakcik Udin dan Makcik Razmah sangat mengujakan. Tahun depan kami akan datang lagi mencari kambing yang telah mandi pagi!
|
Amier dengan buaian hikmat. |
|
Ambil gambar ni sebelum berangkat pulang. |
|
Di tepi kolam ikan. |
No comments:
Post a Comment