Rumah kedua yang kami pergi beraya pada 5 Syawal ialah rumah Kak Eli, sepupuku. Masa tu Kak Eli baru balik rumah. Sebelum tu dia keluar kejap, entah ke mana. Masa nak cari rumah Kak Eli kat Subang Jaya tu pun kira sesat jugak sikit-sikit. Nasib baik kami sempat menggunakan anjing pengesan untuk menunjukkan kami arah dan tujuan kami yang sebenar. Barulah dapat kami sampai dengan selamat.
|
Baru sampai rumah Kak Eli. |
Kami dah lama betul tak ke rumah Kak Eli. Suami Kak Eli, Abang Yazid masa tu dah start kerja. Jadi dia tak ada kat rumah. Kak Eli soranglah yang layan kami semua anak beranak. Kami agak teruja bila nengok interior rumah Kak Eli yang agak menarik tu. Amier belum apa-apa lagi dah try kerusi rocking kayu. Dah lama jugak kami tak jumpa kerusi jenis ni. Ada bench kayu balak yang jugak sangat unik. Aku duduk kat situ, nak dapatkan feel.
|
Amier dan rocking chair. |
|
Sedang menikmati menggunakan perkakas perabot rumah Kak Eli. |
|
Yana dan Wanie. |
Setelah beberapa ketika bersantai kat situ, Kak Eli ajak kami makan kat meja makan. Juadah yang disediakan sangatlah hebat. Ada lasagna (atau boleh disebut lazatnya). Ada karipap yang besar macam dinosaur dan ada jugak pie daging yang mengancam ketenteraman awam. Semua aku cuba rasa, satu per satu. Memang hebat dan sedap.
|
Tak sabar-sabar kami nak menikmati juadah yang hebat ni. |
|
Oh! Sedapnya rasa makanan ini. |
|
Ayah dan isteriku di meja makan. |
|
Sedang bersembang dengan Kak Eli. |
|
Wanie pulak duduk kat rocking chair. |
|
Yana dan handphone merah. |
|
Dah sudah makan. Sekarang masa untuk rehat-rehat. |
Sedang kami sibuk menikmati juadah yang pelbagai tu, tiba-tiba terdengar bunyi hon kenderaan yang bertalu-talu dan bergema-gema bunyinya. Macam ada orang yang sangat marah pada sesuatu lantas membunyikan hon kenderaannya berulang-ulang kalli. Kami jenguk ke luar. Ohhhh... ada sebuah van putih yang agak berang bila tempat letak kenderaannya di luar rumah telah diambil orang. Orang yang ambil tempat parking dia tu ialah akulah. Aku ingat kat luar tu kira public parking. Rupanya dah ada orang register tempat letak kereta tu kat MPSJ.
Aku pun keluar rumah dah alihkanlah keretaku. Masa aku tengah alih kereta tu pun hon tak sudah-sudah berbunyi dengan garau dan nyaring. Lepas aku dah alih kereta ke tempat yang jauh dari pandangan umum, aku pun kembali ke rumah Kak Eli. Sambil tu sempat jugak aku meminta maaf kat mamat yang bawak van tadi. Tanpa menoleh kepada ku dia berkata, "Hmmm okay." Sepupuku, Hisham kata hon kenderaannya rosak. Sebab tulah dia hon banyak kali tak henti-henti. Mungkin betul jugak kot macam tu. Sangka baik ajelah, especially pada bulan raya ni.
Lepas makan-makan dan bersembang, kami pun baliklah ke rumah untuk berehat.
|
Van yang berbunyi hon sampai semua orang di kejiranan tersentak dari lamunan. |
No comments:
Post a Comment