Sesudah menghadiri dua majlis kenduri kahwin pada 13 Syawal, kami terus ke Cheras menghadiri open house yang dikendalikan oleh Azleen dan Hanif. Kami sampai agak lewat. Dah petang sangat sebenarnya. Jadi, sesampainya di sana, kambing golek dah habis. Tulang kambing golek pun dah habis. Perkakas menggolek kambing turut habis. Malah orang yang jadi tukang golek kambing jugak habis. Semuanya telah habis dikerjakan para tetamu yang hadir terdahulu dari kami.
|
Wanie dan Amier gembira dapat makan char kue tiau. |
|
Syahmie jugak terhibur dengan char kue tiau yang dimakan. |
Tapi dari kejauhan, kami telah terhidu aroma enak dari satu masakan hebat yang turut disajikan dalam majlis open house Azleen-Hanif. Aroma enak itu datang dari kuali masakan char kue tiau. Masa kat highway MRR2 lagi kami dah terbau masakan yang hebat tu. Jadi, bila sampai aje kat rumah Azleen, kami pun terus buat order, "Mamak, kasi char kue tiau panas satu!!" Dan brader tukang masak pun teruslah menggoreng udang dan kue tiau menghasilkan char kue tiau yang sangat sedap dan hebat. Kejap aje dia masak. Tak sempat nak toleh kanan kiri pun.
|
Brader yang goreng char kue tiau - sentiasa cool walau pun order sampai beribu pinggan. |
|
Ayahku paling suka dengan char kue tiau ni. |
Masing-masing enjoy dengan masakan itu. Terutamanya ayahku. Dia nak tambah sebenarnya, tapi segan. Aku pun terfikir jugak nak tambah. Tapi bukannya segan, sekadar malu aje. Setelah makan char kue tiau dan makan kuih muih serta buah-buahan yang terhidang, kami pun ucapkanlah terima kasih dengan menyanyikan lagu Awie bertajuk 'Terima Kasih'. Kami bergambar dengan kengkawan dengan posing yang pelbagai. Memory card dengan capasity 16 gigabite penuh dengan gambar kami aje. Sesudah puas berposing, barulah kami beredar. Ada lagi banyak rumah yang kami nak pergi.
|
Bergambar dengan Azleen dan Eti. |
|
Bergambar dengan tuan rumah. |
|
Tuan rumah bergambar dengan tetamu pulak. |
|
Bersama teman-teman - Sam, Hanif, Azleen, wife Sam dan isteriku. |
|
Posing terakhir sebelum beredar. |
No comments:
Post a Comment