Pagi hari Ahad pada Syawal hari ke-7, kami tak ke mana-mana. Mungkin penat hari semalam di Kalumpang tak hilang lagi. Jadi kami lebih banyak berehat menanti tetamu datang. Kira-kira sebelah petang, tamu yang dinanti-nantikan pun tiba beraya di rumah kami. Kak Enon datang dengan keluarga Huda dan Nadia anak-beranak. Turut hadir di rumah kami ialah Azira, Emi dan Aeda.
Isteriku bersama anak-anak buahnya. |
Huda sedang tuang air untuk hubby tersayang. |
Baby Adrian dengan ibunya. |
Emi dan Kak Enon sedang menjamu selera. |
Azira sedang check samada perutnya dah bertambah besar atau tidak selepas makan ketupat pulut tadi. |
Jom makan dengan berselera. |
Kami bersembang panjang dengan para tetamu, termasuklah kisah pelarian Afghanistan, black money buatan Nigeria, masalah global warming dan penipisan lapisan ozon, serta tak ketinggalan tentang final bolasepak Uzbekistan lawan Barbados. Tak taulah pulak kami piala apa.
Bersembang dengan Kak Enon. |
Kami jamu tetamu dengan kuih-muih serta apa saja yang ada, termasuklah saki baki ketupat dan rendang, serta kuah kacang. Rezeki masing-masing. Nampak semua orang happy aje makan juadah yang kami hidangkan. Kira okay-lah tu. Terima kasih kerana sudi datang. Tak raya pun boleh datang jugak. Apa salahnya.
Aeda dan Nadia. |
Sudah kenyang senang hati! |
No comments:
Post a Comment