Aku dok bercerita pasal beraya pada Syawal hari ke-13. Terlupa pulak pasal raya hari ke-12. Meh aku story sikit pasal ke mana kami pergi pada hari ke-12 Syawal. Rumah pertama yang kami pergi ialah rumah Kak Yati kat belah-belah Kajang-Cheras. Aku memang dah kosongkan perut sebelum datang ke sini. Sebab aku tau kalau kat rumah Kak Yati mesti ada makanan best yang dihidangkan kepada kami. In fact aku dah start berpuasa sejak seminggu sebelum tu, tanpa makan apa-apa, pasal aku plan nak makan banyak-banyak kat rumah Kak Yati nanti.
|
Mendukung Sabriena. |
|
Bersama Kak Yati di ruang tamu. |
Rumah Kak Yati tersergam besar dan indah. Masa kami datang, dah ada tetamu lain yang sedang menjamu selera. Jadi kami biarkan tetamu-tetamu tu menikmati juadah yang dihidangkan. Sambil menunggu giliran untuk makan, kami lantak dululah segala jenis kuih muih, biskut raya dan segala apa benda yang ada kat dalam balang yang terletak di atas meja depan. Satu-satu balang kami habiskan isinya tanpa berasa malu.
|
Syahmie dan Wanie tak henti-henti menjamah kuih-muih raya. |
|
Amier sedang asyik mengunyah maruku. |
|
Syahmie dengan dua balang makanan yang akan dikosongkan sebentar saja lagi. |
|
Oh, tidaakkk!! Amier dah jumpa kerepek kegemarannya - kerepek bawang!!! |
Bila tetamu yang awal tadi dah beredar, aku pun menjerit, "Yahooo!!!" Kini giliran kami untuk makan pulak. Dari ruang tamu aku dah terhidu masakan yang hebat - laksa Johor. Laksa Johor kat rumah Kak Yati memang sangat hebat, walau pun tak dimasak di Johor. Sebaliknya sekadar dimasak di KL aje. Aku dengan segera mencapai mangkuk dan memasukkan isi dan rencah laksa Johor ke dalam mangkuk. Lalu kuah ku tuang sampai penuh mangkuk. Dan dengan garfu dan sudu terhunus, aku dengan pantas mencedok isi mangkuk dan menyuapkan ke dalam mulutku. Alangkah terasa betapa nikmatnya memakan makanan yang hebat ini.
|
Jom makan laksa Johor yang sedap ini. |
|
Lepas makan laksa Johor, mesti makan soto pulak. |
Bertambah-tambah aku makan sampaikan tak ingat tetamu yang bakal datang selepas kami. Perjalanan makanku masih beluh selesai lagi. Aku capai pulak rencah-rencah dan bahan-bahan soto. Kuah sup soto pulak kuisi ke dalam mangkuk. Kini aku makan pulak soto yang tak kurang sedap dan enaknya. Badanku yang kurus macam lidi, kini telah membulat macam badan badak air yang obese. Aku dah bagaikan tak boleh bergerak kerana terlalu kenyang. Aku cuma mampu bergolek macam bola aje. Aduh! Memang sangat puas aku makan pada siang tu.
|
Amier sedang mencari ilham untuk mencipta lagu mengenai dugong-dugong di dunia ini. |
Setelah puas makan, kami ke ruang tamu sekali lagi. Amier dan Wanie sibuk main piano. Bingit seketika rumah Kak Yati dengan bunyi piano yang dimainkan oleh anak-anakku. Selepas seketika, kami mohon diri untuk beredar. Aku ucapkan terima kasih sambil bagi complement pada Kak Yati kerana masakan yang sedap yang dihidangkan kepada kami tadi. Okay, tahun depan kami datang lagi. Tanpa jemu-jemu.
|
Amier siap bawak bekal dalam tangannya. |
|
Lepas ni kita balik. |
No comments:
Post a Comment