Pagi Khamis pada Syawal hari kelima, kami menerima kunjungan tetamu yang berupa sepupuku. Sebelah petang, barulah kami keluar beraya di daerah Subang Jaya. Secara sepontan kami telah pergi ke rumah Pakcik Rizali di USJ. Masa kami sampai kat situ, Hisham sekeluarga pun ada kat sana jugak. Macam biasa, aku kalau sampai kat rumah Pakcik Rizali, aku akan duduk menghadap kuih raya dulu, sampailah Makcik Norizan jemput kami duduk kat meja makan untuk makan makanan utama yang selalunya berupa nasi dagang dan ketupat palas. Hari tu nasi dagang tak ada. Tapi sebagai ganti ada sate. Aku okay aje. Kami makanlah sampai kenyang. Lepas tu sambung makan kuih raya lagi, sampailah kami perlu mintak diri untuk beredar.
Bersama Pakcik Rizali. |
Sepupuku Hisham dan salah sorang anak lelakinya. |
Ibu dan isteriku. |
Melayan Sabriena. |
Okay. Kami dah kenyang! |
No comments:
Post a Comment