Pada Syawal yang ke-13 tu, kami beraya dari pagi sampai ke malam. Rumah terakhir yang kami pergi ialah rumah Zuan-Seri yang terletak nun tinggi di awan biru. Bertawaf kami sekeliling KL sebelum sampai di kawasan kondo tempat Zuan dan Seri menetap. Dari jauh memang dah nampak. Tapi bila dekat tak jumpa jalan masuk. Itu yang menyebabkan kami berpusing-pusing untuk sekian lama. Ada dekat dua tiga hari jugaklah kami pusing-pusing.
Lepas sampai kat kawasan kondo tu, rupanya kena main pusing-pusing lagi. Aku tanya pak guard orang Nepal, "Mana mau parking?" Pak guard tu jawab, "Sinni tiyada parking. Tapi boley masook dalam hujoong sanna mari, nanti sayya punya kawwan akan bawa inche naik itu parking. Itu kawwan sayya ada naik motor punya". Aku pun drop wife dan anak-anak aku kat lobi blok yang berkenaan, dan aku terus drive menuju itu hujoong punya jalan. Kat hujoong punya jalan suda ada sorang pak guard punya kawwan bawa aku naik itu parking punya tempat. Tinggi jugak tempat yang aku kena parking tu. Lelah jugak aku kena turun tangga dan berjalan jauh sampailah tiba di blok tempat Zuan dan Seri tinggal.
|
Isteriku bersama kakak-kakaknya. |
Sesampainya di sana, kami disambut oleh tuan dan puan rumah dengan wajah yang ceria dalam kepenatan. Rupanya, dua orang kakak iparku masih bertamu kat situ - Kak Timah dan Kak Piah. Macam biasa, aku pun teruslah makan apa-apa yang patut. Tapi sebenarnya aku memang dah agak kenyang. Yang mungkin boleh dimasukkan ke dalam tekak hanyalah air. Especially teh tarik. Bertong-tong teh tarik aku telah minum pasal air teh tarik memang telah menjadi kegemaranku sejak aku di dalam perut ibu lagi.
Setelah puas minum, barulah aku mencari makanan. Ada sate, mi goreng dan nasi goreng, serta ada jugak nasi dagang. Aku jamah sate, dan semestinya aku kena jamah nasi dagang jugak, sebagai lambang Ganu Kite!
|
Three piece band in the making. |
Anak-anak pulak tak kisah pasal makan. Mereka terus masuk ke bilik sukaneka dan bermain dengan bermacam jenis permainan yang ada di dalamnya. Salleh dengan dram-nya. Amier dengan ukelele-nya. Syakira dengan guitar tongnya. Wanie dengan keyboard-nya. Haikal main macam-macam. Ali join Syakira layan komputer dan gitar. Syahmie jadi pemerhati. Aku sendiri yang tak ada geng borak, terpaksalah join bebudak riang bermain mainan hebat.
|
Asyiknya mereka bermain. |
|
Ini dia Ringgo Star sedang beraksi. |
|
Aktiviti di bilik kanak-kanak riang. |
|
Salleh sedang menggoreng gitar dengan garing, bagaikan Slash. |
Lepas puas main dan makan dan minum, aku ke depan, ke ruang tamu pulak. Ambil gambar kakak-kakak iparku dengan puan rumah dan isteriku. Setelah puas ambil snap shot dari segala sudut yang possible, barulah kami putuskan untuk pulang ke rumah. Time tu aku memang dah sangat-sangat letih. Zuan dan Seri turut bekalkan seperiuk nasi dagang untuk kami bawa pulang. Terima kasihlah banyak-banyak kepada empunya nasi dagang. Kami tiba rumah sangat lewat. Tapi cukup puas beraya ke merata tanah airku yang tercinta!
|
Bergambar dengan puan rumah. |
|
Masih tak puas. Jom bergambar lagi! |
|
Ali sedang nengok tv cerita Lionel Messi bermain badminton. |
|
Wah! Banyaknya makanan. Tak tau nak pilih yang mana satu. |
|
Akhirnya Syahmie pilih makan sate. |
|
Bergambar kenangan sebelum pulang. |
|
Amier dah ready nak buat pecutan pulang. |
No comments:
Post a Comment