Musim hari raya bukan saja ada open house, tapi jugak ada orang kahwin. Tapi ada jugak sesetengah orang yang kahwin betul-betul sebelum raya. Diorang kata, "nak buat pakai raya"! Pada Syawal ke-13, aku satu famili berkunjung ke Batu Belah Batu Bertangkup di Kelang pasal dua pupu aku kahwin. Kami sampai awal jugak. Tapi rupanya ada lagi yang datang lebih awal dari kami. Agak meriah jugak. Kami disambut oleh pengantin mempelai yang telah disumpah menjadi batu. Maksud aku menjadi air batu! Mula-mula aku bersimpati, tapi lepas tu baru aku sedar yang itu cuma gambar pengantin aje yang dimasukkan ke dalam ais.
|
Pengantin yang telah kena "sumpah" jadi batu! |
|
Syahmie dan Amier makan dengan penuh selera. |
Setelah bersalam-salaman, aku pun teruslah makan bersama seluruh keluarga aku. Sedap jugak makan tengah hari tu. Maklumlah, tengah lapar. Sambil makan, sambil berborak dengan saudara mara yang kami temui. Tapi aku, Syahmie dan Amier duduk kat meja asing. Jadi kami fokus kat makan aje. Tak borak dengan siapa-siapa pun. Dari nasi penuh kat pinggan sampai tak tinggal sebiji nasi pun dalam pinggan, kami tak cakap walau sepatah pun. Mak kami ajar, "don't talk to strangers".
|
Ibuku bersembang dengan Bibik Saodah. |
|
Ayahku makan paling slow sekali. |
|
Bergaya sesudah makan. |
|
Peace, no war! |
Setelah selesai makan, aku singgah masuk ke dalam rumah jumpa dengan mak pengantin, Bibik Saonah. Bibik Saonah nampaknya tak berapa sihat. Rupa aku pun dia ingat-ingat lupa. Setelah aku bersalaman dan berbual ringkas, aku pun keluar dari rumah. Ada DJ sedang bertugas dengan penuh dedikasi kat luar rumah. Semua penanggah nampaknya tekun menjalankan tanggungjawab masing-masing.
|
Bibik Saonah. |
|
Mr DJ in the house. Sebenarnya Mr DJ, bukan in the house, sebab dia duduk outside the house, daaa... |
|
Para penanggah sedang bertungkus lumus. |
|
Ibuku pulak nak jumpa dengan Bibik Saonah. |
|
Pengantin dua se-Angelina Jolie. Maksud aku pengantin dua sejoli. |
Dalam ramai-ramai orang yang aku jumpa, aku agak teruja bila dapat jumpa dengan geng universiti aku dulu masa kat Nebraska, Amerika. Aku jumpa Azman Hargus. Sebelum ni pun aku jumpa Azman kat majlis kahwin kat Batu Belah jugak. Kat rumah makcik aku yang lagi sorang. Rumah Azman terletak bersebelahan aje dengan rumah Bibik Saonah. Seronok dapat jumpa kawan lama. Tapi oleh kerana aku bukan kaki borak, maka tak ada apalah yang nak diborakkan.
|
Aku bersama Azman Hargus dan pamanku. |
|
Azman Hargus bersama aku dan pamanku. |
|
Salah sorang dua pupuku. |
Setelah agak lama kat situ, dan dah kenyang pulak tu, kami pun mintak diri untuk beredar. Para tetamu masih berduyun-duyun datang. Lauk pauk dalam tray terus ditambah untuk dijamu kepada tetamu. Kami kena cepat pergi, pasal lepas ni ada banyak lagi rumah yang perlu kami kunjungi. Kalau tak silap aku ada dekat 50 bijik rumah lagi. Whoaa... kalau kat semua rumah aku makan, boleh meletup perut aku macam bom atom. Okay, selamat jumpa lagi semua. Selamat pengantin baru kepada pengantin. Semoga berbahagia sampai jannah.
|
Bersama Bibik Saonah, ibu pengantin. |
|
Dua pupuku, Emi, rajin sungguh dia bekerja. Nak tegur dia pun aku tak sempat. |
|
Wife Azman, Kak Saadah sedang mencedokkan nasi untuk tetamu. |
No comments:
Post a Comment