Syawal hari ke-7, selepas menerima tetamu anak-anak buah pada waktu petang, kami membalas ziarah pula ke rumah anak buah kami di Wangsamaju. Kami ke rumah Hafez dan Huda. Sampai sana dah nak time maghrib. Sebelum kami pergi, kami dah siap bagi tau Huda suruh siapkan nasi goreng special resipi ayah Hafez (ayah mentua Huda) - Abang Wahab. Kami memang menanti-nanti untuk merasa jamah masakan itu.
|
Anak-anak aku sedang nengok tv selepas makan malam kat situ.. |
|
Aku dan Adrian. |
|
Hani dan Qalif sedang asyik menonton tv kanak-kanak. |
Kami makan dulu bihun goreng yang Huda masak. Mengancam jugak rasanya. Dan lepas beberapa ketika barulah nasi goreng resipi Abang Wahab tiba. Dan kami pun makan bertalu-talu. Uh eh ohhhh.... memang sangat sedap hingga mengancam ketenteraman awam. Kalau Pak Najib merasa nasi goreng tu, silap-silap tukang masak boleh kena masuk ISA.
|
Membuang masa dengan bersantai. |
Setelah bersolat maghrib dan bersantai sambil nengok tv cerita kartun, kami pun minta diri untuk beredar. Destinasi kami seterusnya ialah rumah Kak Uda. Memang dah agak lewat, tapi ni kan musim raya. Jadi kami akan ke sana jugak membuat apa-apa yang patut.
|
Bersama Hafez. |
No comments:
Post a Comment