Rumah terakhir yang kami pergi beraya pada Syawal hari ke-12 ialah rumah abang iparku, Abang Leman kat sebelah Ampang. Dari rumah Yanti, kami balik rumah dulu ambil ibu dan kakak ku. Kira kami sampai sana agak lewat jugaklah. Tetapi tetamu masih ramai. Kengkawan Ashraf memang ramai yang datang sebelah malam.
|
Bergambar di ruang tamu selepas makan. |
|
Santai di atas sofa. |
|
Bergambar dengan tuan rumah sebelum pulang. |
|
Menjamah pisang celup cokelat. |
|
Satu lagi shot sebelum pulang. |
Aku terus pergi mendapatkan apa-apa makanan yang terhidang. Tapi yang special-nya malam tu ialah mi kari nyonya. Oleh kerana aku dah makan macam-macam ketika beraya sebelah siangnya, maka perutku dah semacam bergelodak sikit dan seleraku untuk makan pada malam tu agak berkurangan. Tapi aku tertarik jugak dengan chocolate fountain yang terhidang di depan rumah. Tapi fountain tu dah jadi macam paya ketika aku nak menjamahnya. Anak sulung Abang Leman, Ashraf tolong potong-potongkan buah pisang dan calitkan cokelat kat pisang tadi. Dan aku pun makanlah dengan enjoy. Sedap jugak makan pisang sadur dengan cokelat. Kat kebanyakan tempat jarang orang buat pakai pisang. Idea ni idea yang baru yang sangat menarik.
|
Amier dengan mikrofon buatan tangan. Mukamil yang ajar Amier. |
|
Syahmie dan Wanie dah kenyang. |
|
Lepak dan berbual dengan Abang Leman di ruang tamu. |
|
Amier makan buah celup cokelat. |
|
Semua orang sedang makan-makan. |
|
Makan ringan-ringan aje. |
Selepas selesai makan, aku duduklah kat ruang tamu sambil berbual dengan Abang Leman. Tiba-tiba aku terdengar bunyi alunan gitar dari dalam bilik Akid. Aku pun masuk ke bilik. Rupanya Ali sedang menggoreng gitar elektrik disaksikan Faiisal yang jugak ada kat situ. Aku join mereka. Kagum jugak aku dengan kebolehan Ali bermain gitar. Gitar elektrik tu Akid yang punya. Dia baru beli tak sampai sebulan lepas rasanya. Akid pun hebat jugak kalau main gitar. Aku ingat nak pinjam kejap. Nak jugak try main gitar baru milik Akid ni. Tapi aku nengok Ali begitu khusyuk main, jadi aku tak nak kacaulah. Lagi pun aku tak reti sangat main gitar ni. Sekadar nak mencuba aje. Bila Ali dah nak balik, barulah aku mintak tolong Ali suruh set-kan gitar tu untuk aku mencuba pulak. Ali pun pasangkanlah mana-man suis yang patut. Dan aku pun memulakan permainan.
|
Ali sedang menggoreng gitar. |
|
Ali dan Faiisal sedang tunjuk skil masing-masing. |
Aku bermula perlahan. Mula-mula main strum aje. Main lead aku tak reti. Tapi lama kelamaan, aku mula naik sheikh. Aku terus menggoreng bagaikan Slash bergabung dengan Man Kidal dan Hillary Ang. Dan gorengan ku semakin menjadi-jadi. Aku terus ambil gitar Akid tu dan terus menggorengnya dalam kuali. Siap pakai minyak panas lagi. Pasang api besar pulak tu. Gorengan gitar berlangsung sangat hangat sampaikan hangit. Bila aku check, rupanya gitar tadi dah hangus digoreng pasal api terlalu besar. Tapi dari permainan gitar ku tadi, aku telah menemukan beberapa chord dan key yang baru seperti key H# major sus-tagen dan key W flat minor dim sum. Aku jugak telah berjaya mencipta chord-chord baru dari chord H sampai chord Y. Aku hampir-hampir saja berjaya mencipta chord Z, tapi chord tu terlalu complicated dan memerlukan IQ muzik yang sangat tinggi. Setelah puas main, barulah aku bagi balik gitar Akid tu yang telah rentung digoreng. Sebelum pulang kami ucapkan terima kasih kepada Abang Leman, Kak Ita dan anak-anak. Kami turut dibekalkan dengan makanan yang pelbagai untuk dibawa pulang. Terima kasih sekali lagi untuk semua.
|
Ali dan Faiisal sedang mendendangkan lagu Enjit-enjit Kerengga. |
No comments:
Post a Comment