m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, September 15, 2012

8 Syawal 2012: Beraya di rumah Makcik Jam

Dari rumah Pakcik Udin, kami memikir-mikir nak beraya rumah siapa pulak. Kat daerah PJ ni memang banyak rumah sepupu-sepupu ibuku. Jadi kami mula-mula nak pergi rumah Makcik Indahsah dan Makcik Rubiah. Tapi bila tiba sana, rumah terkunci rapi. Tidak berpenghuni. Okay. Kena cari rumah lain pulak. Call punya call, akhirnya kami dapat pastikan Makcik Jam (Datin) dan Pakcik Zahari (Datuk) ada kat rumah. Setelah mendapatkan alamat, kami pun terus berangkat ke sana. Dan macam biasa, isteriku sebagai co-pilot yang hebat dengan menggunakan telefon ajaibnya, kami pun sampailah dengan selamat tanpa menghadapi banyak masalah.

Rumah Makcik Jam di bahagian depan.
Baru nak masuk rumah.
Rumah Makcik Jam memang besar. Dalam rumahnya dihias dengan pelbagai barangan antik yang berkaca-kaca. Risau jugak aku dengan Amier, pasal dia memang suka berlari-lari kat sana sini dan pegang-pegang segala benda dalam rumah. Kami kenalah monitor Amier betul-betul.

Sedang menikmati juadah.
Wanie dan Syahmie.
Syahmie dan ayahku.
Ketika di sana, kebetulan Pakcik Mat Shah dan Makcik Maznah jugak ada kat situ. Kami bersembang dululah pasal macam-macam hal sebelum dijemput makan oleh tuan rumah. Memang kami dah agak kenyang setelah makan kat rumah Pakcik Udin sebelumnya. Jadi kami cuma jamah-jamah ringan ajelah kat situ. Kami jugak berkesempatan melihat tiga ekor kucing Parsi yang besar. Satu ekor beratnya adalah lebih kurang enam puluh hingga lapan puluh kilo. Tapi kami tak berpeluang memegangnya pasal dia dikurung, kerana takut dengan orang. Setelah makan minum, dan budak-budak dapat angpau raya, kami pun mintak diri untuk pulang.

Dah sudah makan.
Minum-minum pulak.
Sabriena dan mamanya.
Amier gembira dapat angpau raya.
Amier sangat gembira dapat angpau raya.
Last post sebelum berangkat pulang.

No comments:

Post a Comment