Pada hari ke-14 Syawal, aku dan isteri perlu hantar Syahmie pulang ke asrama di Gemencheh. Syahmie dapat cuti dua minggu pasal MRSM tempat dia belajar digunakan oleh pihak luar untuk aktiviti tertentu. Jadi cuti Syahmie dan semua pelajar MRSM Gemencheh lebih seminggu dari pelajar-pelajar sekolah lain. Kami bertolak dari KL selepas zuhur dan tiba ketika waktu asar. Setelah bersalaman dan membagi kata-kata nasihat dan perangsang untuk berjuang dalam pelajaran, kami pun beredarlah dari situ.
|
Bekalan makan minum untuk Syahmie di asrama. |
|
"Okay, papa pergi dulu. Nanti cuti Hari Malaysia, papa datang lagi ambil Amie". |
Dalam perjalanan, kami singgah sebentar kat gerai tepi jalan. Wife aku nengok-nengok barangan yang dijual, dan membeli beg anyaman untuk dijadikan beg telekung. Biasanya aku pulak akan membeli bekalan makanan ringan untuk dikunyah ketika dalam perjalanan. Atau kekadang, aku akan beli belacan, sama ada untuk digunakan dalam masakan, atau digunakan ketika membuat umpan memancing ikan. Entah kenapa, ikan di kolam memang suka benar dengan belacan bakar dari Melaka.
|
Sedang memilih beg anyaman. |
|
Memang banyak barang kraft tangan yang cantik-cantik di sini. |
|
Okay! Satu beg telekung telah dipilih. |
Sewaktu kami pulang, traffic jam memang sangat teruk. Siput yang tua dan sakit demam serta patah kaki pulak tu, lagi cepat merangkak dari kenderaan atas highway. Bayangkan sendirilah betapa slow-nya. Kami nak try ikut highway LEKAS (Lebuhraya Kajang - Seremban). Tapi LEKAS tak menjadi LEKAS. Sebaliknya ia menjadi LAMBAT (Lebuhraya Memang Begitu Amat Terhegeh-hegeh). Jadi wife aku kata, apa kata kami singgah rumah sepupunya dulu kat sekitar Seremban untuk solat maghrib dan berehat, sementara menanti trafik lega sikit. Aku pun setuju.
Isteriku contact sepupunya, Jum dan mendapatkan lokasi rumah tempat mereka tinggal. Setelah round-round dan sesat sikit-sikit, akhirnya kami sampailah kat rumah teres - tempat kediaman Jum dan Safarudin. Kami disambut mesra oleh mereka. Aku memang tak pernah bersembang dengan Safarudin sebelum ni. Bagus jugak kami singgah kat situ. Dapatlah mengenali diri masing-masing dengan lebih akrab. Lepas makan sate yang sedap, dan minum teh panas yang sedap jugak, dan lepas tumpang solat, dan lepas berborak, dan lepas trafik agak-agak dah tak berapa jam, kami pun mintak diri untuk pulang. Memang trafik dah lega sikit malam tu. Tapi kami sampai rumah agak lambatlah pasal bertolak dari Seremban lambat. Tapi tidur kena cepat, pasal besok kena pergi kerja.
|
Bersama Safaruddin. |
|
Safaruddin bersama aku. |
No comments:
Post a Comment