Masih lagi kisah beraya pada Syawal hari ke-13. Dari rumah Aishah, kami terus pulang ke rumah. Mak dan ayah aku nampaknya dah agak keletihan berjalan raya. Jadi kami hantar mereka pulang dan berehat dulu. Lepas tu barulah kami keluar beraya lagi. Kali ni ke rumah Fadzal pulak yang terletak tak jauh dari Tesco Pandan.
|
Syahmie terlalu lapar. Dia nak habiskan semua sate ni. |
|
Sedang menikmati kesedapan sate kijang jenis springbok antelope. |
Masa kami sampai, suasana dah mula lengang. Pihak tuan rumah dah mula berkemas-kemas. Tapi masih lagi ada orang yang sedang makan. Mungkin mereka merupakan tetamu yang datang lambat macam kami jugak kerana ada banayk open house yang perlu dikunjungi, dan mungkin jugak tersangkut kat traffic jam.
Walaupun datang lambat, tapi aku nengok masih ada lagi makanan yang terhidang. Sate pun masih ada. So aku pun makanlah serba sedikit. Lepas tu makan nasi ayam pulak. Okay jugak nasi ayam dia. Dan aku jugak makan kuih-muih serta minum air buat pembasah tekak. Lepas tu kami lepak-lepaklah sambil berbual-bual dengan Fadzal. Amier siap round-round dan berbaring kat bench tepi taman. Lepas tu Fadzal pun bagilah duit raya kat anak-anak aku. Aku beratur jugak nak collect duit raya. Tapi sampul dah habis. Mungkin Fadzal terlupa nak bagi duit raya kat aku kot? Tak apalah. Tahun depan bila aku datang lagi, mungkin aku boleh dapat duit raya. Terima kasih kepada tuan rumah dan seluruh keluarganya kerana menjemput kami.
|
Sate ini memang sedap. |
|
Amire teruja dapat duit raya. |
|
Kegembiraan Amier tatkala mendapat duit raya tak dapat digambarkan. |
No comments:
Post a Comment