Pada asalnya kami tak plan pun nak bermalam di situ. Aku memang bercadang nak balik ke KL walaupun hari dah terlalu lewat malam. Tapi ramai pulak yang mengajak kami untuk bermalam di situ. Oleh kerana masih banyak bilik yang kosong pada musim raya ni, jadi kami akhirnya setuju untuk bermalam di situ dan pulang ke KL hanya pada sebelah pagi sesudah solat subuh.
|
Di salah satu bilik tidur. |
Kami dapat bilik yang sederhana besar. Isteriku, Wanie, Amier, Sabriena dan Ika tidur dalam bilik. Aku dan Syahmie tidur kat ruang tamu. Badan aku masa tu berpeluh kepanasan pasal aku memang banyak bergerak ketika di Kalumpang Resort. Tambahan pulak baru lepas makan steam-boat kat Keliang tadi. Kipas kupasang full speed kat ruang tamu. Dan aku tidur dengan sangat nyenyak sehinggalah ayam jantan berkokok menandakan fajar sadiq telah muncul. Aku perlu bangun solat dan bersiap untuk pulang ke KL.
|
Bilik kami bukan yang ini. Bilik kami lebih besar lagi. |
|
Di ruang tamu inilah kami tidur. |
No comments:
Post a Comment