Masih di Kalumpang Resort. Kami stay kat sana sampai malam. Saki baki makanan masih ada. Jadi kami yang kelaparan makan ajelah apa saja yang terhidang dan masih tersisa. Makan nasi dengan kuah tomyam pun sangat sedap. Rendang ayam pun nampak gayanya masih ada lagi. Jadi aku pun ajak anak-anak aku makan bagi mengalas perut.
|
Isteriku sedang memasak steam-boat resipi keluarga turun temurun. |
|
Syahmie dengan resipi ciptaannya. |
Kami mungkin langkah kanan. Kakak iparku, Kak Ogie tiba-tiba mengajak kami untuk makan di restoran steam-boat-nya di Keliang, yang terletak kira-kira 2 kilometer dari Kalumpang Resort. Lalu kami pun ke sanalah. Turut ke sana ialah Kak Ogie sendiri, Zuan anak-beranak dan Kak Piah. Yang lain masih di Kalumpang.
|
Isteriku sedang mengajar Wanie cara-cara nak masak lauk hari raya. |
|
Masa untuk makan. Semua orang sedang concentrate. |
Sesampainya di Keliang, aku dah tau dah apa yang patut dibuat. Aku ambil hirisan ayam secukup rasa, ambil udang, sotong dan daging. Lalu aku serakkan pada kuali gril yang tengah panas membara. Seronok aku masak-memasak kat situ. Aku tak berapa teruja sangat dengan merebus makanan, tapi memang aku sangat excited bila melihat lauk-pauk mentah menjadi masak garing dilingkung haba dari kuali gril.
|
Syahmie menikmati juadah dengan penuh khusyuk. |
|
Kak Ogie - tauke restoran dan anaknya, Nurin. |
Satu-satu aku makan. Ayamnya sangat hebat. Sotongnya sangat enak. Dagingnya sangat menyengat. Memang cukup kenyang jadinya aku. Aku ambil lagi selambak bahan-bahan gril tadi. Masak lagi, dan makan lagi. Sampailah aku tak larat nak memasukkan apa-apa lagi ke dalam tembolokku. Orang lain pun aku nengok makan sangat bersungguh-sungguh jugak. Semua nampak puas dan penuh kelegaan.
|
Wanie dan Kak Piah. |
|
Seri dan Zuan turut gembira dapat makan steam-boat kat tempat ni. |
Kat Keliang pun ada juga mesin karaoke. Kami minta budak yang jaga peralatan tu untuk set-kan mesin karaoke tu, dan kami pun bergilir-gilir menyanyi. Tapi tak lama sangat kami kat situ, pasal hari dah lewat malam. Kami terus kembali ke Kalumpang Resort. Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan kepada Kak Ogie dan suaminya Encik Hasni kerana pelawaan ini.
|
Mendendangkan lagu berjudul "Mari Makan Steam-Boat". |
|
Amier sedang berduet dengan mamanya. |
|
Lagu pilihan malam itu. |
|
Kak Ogie dan Seri. |
No comments:
Post a Comment