Sabar, sabar, sabar dulu. Kisah raya aku belum habis lagi. Masih banyak lagi yang nak aku kisahkan. Cuma sibuk sikit. Jadi aku kenalah break kejap. Salah satu kaedah beraya yang amat menyeronokkan ialah beraya sambil ber-picnic di tepi sungai. Itulah yang telah kami lakukan sejurus mendapat jemputan dari salah sorang kakak iparku, Kak Ogie untuk kami beraya di resort milik mereka suami isteri. Tempat resortnya ialah di Kalumpang, di utara Selangor, dekat dengan Tanjung Malim, jauh dari Tanjung Rambutan, mahupun Tanjung Karang.
|
Kak Uda tengah kelaparan dan sedang makan semua juadah yang terhidang. |
|
Nicha, Shura dan Nana sedang menikmati juadah. |
Kami bertolak dari KL lepas solat Jumaat. Sampai sana kira-kira jam 5 petang lebih. Terus kami menjamu selera. Juadah yang terhidang diletakkan di atas jambatan yang merentang sebatang sungai yang bernama Sungai Inki yang airnya sangat jernih bak udara, sejuk bak air-cond, dan deras bak F1. Sambil makan-makan, sambil menikmati keindahan suasana sekelliling. Masa tu sebenarnya kira macam open house untuk semua pengunjung setia yang selalu bertandang kat situ.
|
Wanie bersama Mak Nyah-nya - pemilik bersama Kalumpang Resort. |
|
Amier gembira seperti dinosaur. |
|
Amier memang sukakan tempat yang nyaman dan luas macam ni. |
|
Abang Zahid sedang menikmati bihun sup tomyam yang enak. |
|
Abby mendukung Thaqif. |
|
Yang baju ungu tulah pemilik Kalumpang Resort - Encik Hasni. |
Duduk lama-lama kat tepi sungai memang sangat menyamankan. Kat Kalumpang Resort ni ada banyak fasiliti yang boleh digunakan pengunjung. Kalau nak duduk bermalam pun ada tempat tinggal yang disediakan. Semua sudut kat tempat ni sangatlah fotogenik. Kalau geng-geng yang suka pada fotografi, memang akan teruja bila berada di sini. Silap-silap boleh tak nak balik ke tempat asal.
|
Koas sedang tunjuk ke arah sungai dan makanan yang terhidang. "Mamak! Mi goreng mamak satu!!!" |
|
Nana, Kak Uda dan Nurin. |
|
Syahmie bercuti dan berkesempatan untuk bersantai bersama kami. |
|
Amier gembira dapat beraya bersama abangnya. |
|
Amier dengan aksi beruang menangkap ikan salmon. |
|
Syahmie pun syok duduk tepi sungai jugak. |
|
Abang Zahid berehat selepas kenyang makan macam-macam makanan. |
Hampir kesemua kaum keluarga datang beraya di sini. Yang ada urusan tak dapat dielakkan aje yang tak dapat hadir. Para tetamu pakai baju warna warni macam pelangi. Ada jugak pengunjung yang dengan selamba katak terjun ke dalam sungai dan mandi-manda dengan air yang sejuk dingin tu. Sambil berenang, sambil makan mi lontong dan bihun sup yang disajikan. Terasa kesedapan yang agak berlainan dari kebiasaan.
|
Ika sedang tolong jaga sepupu bongsunya - Sabriena. |
|
Nicha dan Shakira. |
|
Salleh di pinggir kali. |
|
Jurufoto pun nak bergambar jugak. |
|
Taufik dengan gaya teristimewa. |
|
Sekumpulan sepupu teruna yang macho. |
|
Sedang bercerita pasal jenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat di hutan Amazon. |
|
Kak Esah terpegun melihat sungai yang cantik. |
|
Syahmie dan Salleh di sungai. |
Bila dah jumpa sanak saudara dalam kadar yang sangat ramai, memang kerja menyembang ajelah kami. Tapi kalau sembang tak makan minum, mestilah boring kan? Jadi berulang kali jugaklah kami tambah makan dan minum sampai perut jadi buncit dan memboroi. Tak apa. Hari ni aje makan banyak. Besok start diet balik.
|
Sepupu dara yang comel lote. |
Kat Kalumpang Resort ni jugak ada membela haiwan-haiwan ekzotik seperti angsa yang pandai berenang kuak lentang, itik yang suka menyudu dengan menggunakan garfu, monyet yang suka berfikir cara nak keluar dari kandang, burung merak yang tak ada ekor dan macam-macam haiwan lagi yang pelik-pelik tetapi benar.
|
Amier teruja dapat nengok itik dan angsa dari jarak dekat. |
|
Yes! Two thumbs up for the itik dan angsa. |
|
Amier nak bagi itik angsa tu makan nasi goreng pattaya. |
|
Monyet tu terpegun melihat kelibat aku. |
|
Kumpulan pop rock three piece band terbaru di Malaysia - "The River Boyz". |
|
Syahmie dan Amier sedang mencari katak puru untuk dibuat umpan memancing ikan toman gergasi. |
|
Amier berekspresi bila katak seberat sekilo setengah berjaya ditangkap. |
Kami bersantai di sini sampailah ke waktu malam. Walau pun ada serangga yang berterbangan, kami tak endah. Asal dapat bersembang dengan adik beradik dan sepupu-sepapat, ipar-duai, kami sangatlah happy dan gumbira.
|
Bersantai di cafe pinggiran sungai. |
|
Masih dengan kumpulan "The River Boyz". |
|
Lagi anggota band "The River Boyz". |
|
Die hard fan kumpulan "The River Boyz". |
|
Dua orang besan bergabung dan berkisah. |
Dalam sambutan hari raya tu, ada jugak sambutan happy birthday bagi ahli keluarga yang lahir pada bulan Ogos. Sebuah kek hebat dari Secret Recipe turut dipertaruhkan untuk dimakan oleh semua tetamu. Bacaan doa selamat serta lagu hits Allah Selamatkan Kamu turut dinyanyikan oleh kumpulan koir kebangsaan bagi memeriahkan suasana yang memang telah pun meriah. Dan akhir sekali acara memotong kek secara beramai-ramai sebelum diproses menjadi kek perisa lain di dalam perut masing-masing.
|
Doa selamat hari jadi bulan Ogos. |
|
Menghadap kek Secret Recipe yang hebat. |
|
Giliran Kak Uda memotong kek. |
No comments:
Post a Comment