m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, September 24, 2012

Majlis campuran: Persediaan bersengkang mata

Majlis campur-campur akan berlangsung esok harinya. Oleh kerana majlis ni bolehlah dikategorikan sebagai sebuah majlis yang complicated, maka persediaannya pun kira kena beria-ia jugaklah. Majlis ni bakal diadakan di pusat tadika kakak iparku, Kak Timah. Nama tadika tu ialah Kidz Cabin yang terletak di Ukay Heights. Tempat dia luas. Maka mudahlah para tetamu dan anak-anak kecil nak berlegar-legar secara bebas.

Abang Khalid sedang hias pelamin.
Pada sebelah malam, aku nengok Abang Leman dan Abang Khalid sibuk memasang pelamin untuk Sabriena. Besoknya Sabriena akan diraikan. Jambulnya akan dicukur. Kak Long memang sangat teliti kalau buat majlis-majlis yang macam ni. Kak Long bertanggungjawab menguruskan segala operasi majlis supaya ianya dapat berjalan dengan lancar. Perhiasan, guests flow, makanan, semua diambil kira. Kakak-kakak ipar dan abang-abang iparku, serta ayah mentuaku dan ibuku  yang lain juga berperanan menyiapkan macam-macam hal. Antaranya termasuklah rebus telur, buat bunga rampai, masak acar buah, pasang bunga telur, hias bunga, decorate buah kelapa, pasang bunga telur, siapkan goodies bags dan macam-macam benda lagi supaya esok hari tak kelam kabut.

Abang Leman dah ada kat Kidz Cabin sejak petang, menguruskan rekabentuk pelamin untuk Sabriena.
Anak-anak buah membantu apa-apa yang patut. Yang laki-laki sibuk menampal nama-nama arwah kat buku Yasiiiin. Semua bersengkang mata sampai ke pagi buta. Begitu tekun dan bersungguh-sungguh masing-masing buat kerja. Aku sangat mengagumi semua orang yang terlibat. Dan aku... lepas tengok semua orang ada tugas masing-masing, balik rumahlah dan tidur. Esok aku kena fresh pasal nak dukung Sabriena berarak keliling jemaah, supaya jambul Sabriena boleh potong.

Ali, Hidayat dan Akid sedang tampal nama-nama arwah kat Yaasiiiin.
Masing-masing dah pedih mata mengantuk. Tapi ditahan jugak sampai kerja selesai.

Sunday, September 23, 2012

Majlis campuran: Pilih kambing

Apa tu "majlis campuran"? Maksudnnya, dalam satu majlis ada pecahan banyak majlis. Ia berlaku pada kira-kira Syawal minggu ketiga. Kami dan keluarga besar kami (maksudnya termasuk ipar-duai, mentua-mentua) bergabung mengadakan majlis dalam satu hari yang mengandungi majlis cukur jambul, marhaban, tahlil, doa selamat buat haji, aqiqah, sambut hari jadi, dan open house. Jimat sikit belanja. Jimat masa. Jimat tenaga. Memang lebih penat, tapi cuma satu hari aje.

Sehari sebelum majlis diadakan, aku, wife aku dan Amier pergilah ke tempat pemilihan kambing untuk dijadikan kambing aqiqah. Tempat tu kat sekitar Keramat. Masa kami sampai tu, bos dia dan pekerjanya sedang bertungkus lumus melapah daging kambing pasal banyak sungguh orang order untuk open house buat kambing golek kot. Jadi bos dia suruh kami tengok dulu kat kandang kambing tu, kot-kot ada yang kami berkenan.

Kambing-kambing jenis import dari Alaska dan Guatemala.
Kambing-kambing ni nampak aje kecil. Tapi sebenarnya mereka besar macam seladang.
Kami diberitahu oleh seorang kontek (geng bos kambing ni jugaklah), kambing kami tu jenis biri-biri. Tapi kami nengok jugaklah semua jenis kambing yang ada dibela kat situ. Ada kambing yang ada janggut pendek. Ada pulak kambing yang ada janggut panjang, macam A. Samad Said. Ada yang tak ada janggut langsung, tapi ada misai pulak. Ada kambing yang saiz dia macam kambing kampung biasa. Tapi ada jugak yang besar dan tinggi macam lembu New Zealand. Hebat betul! Memang banyak pilihan kambing kat sini. 

Setelah seketika menjenguk kandang, bos kambing pun datanglah masuk kandang. Katanya kepada kami, "Kalau nak cepat, biar saya aje yang pilihkan kambing biri-biri ni untuk abang dan kakak. Kadang-kadang kita nampak kambing tu macam besar. Tapi sebenarnya yang besar tu cuma bulunya aje yang tebal. Badan kurus macam lidi". Dia ambil contoh sekor kambing yang besar macam anak gajah. Bulu dia afro macam Alleycats. Dia angkat biri-biri tu pakai jari kelingking aje. "Cuba abang dan kakak nengok! Satu jari pun saya boleh angkat kambing ni, pasal bulunya aje yang tebal. Dagingnya tak ada. Kalau ada pun cuma boleh buat taik gigi jer. Cuba abang dan kakak nengok kambing yang tu pulak. Walau pun badannya kecil macam anak kucing, tapi badan dia punyalah berat, macam anak badak. Kalau yang ini sure punya banyak daging yang berkhasiat dan bermutu tinggi". Fikir punya fikir, akhirnya kami ikut jugak pilihan bos kambing tu.

Kumpulan biri-biri yang perlu kami pilih.
Semua biri-biri tu pandang kami dengan penuh suspen. Macam dah tau aje - ada yang nak jadi mangsa.
Bos kambing dengan kambing pilihan.
Kambing biri-biri terus diambil, dibaringkan di atas tilam Dunlop. Eh! Tak jadi. Dibaringkan di atas lantai. Kami akad untuk aqiqah. Dan terus disembelih. Begitu pantas dan cepat. Semuanya telah selesai. Biri-biri tergolek atas lantai. Darah menghambur keluar dari dua urat utama di lehernya. Dan biri-biri pun mati. Sedia untuk dilapah. Amier yang menyaksikan adegan tadi terus pilu sedih dan terus nak berkurung dalam kereta. Amier memang pencinta binatang. Dia tak boleh tengok binatang-binatang dibunuh, walaupun disembelih untuk dijadikan makanan yang halal. Air mata bergenang kat mata Amier.

Kambing dibaringkan setelah akad.
Sudah selesai sembelih.
Lepas ni kerja melapah perlu dilaksanakan.
Dalam masa kira-kira 10 hingga 15 minit, siaplah biri-biri tadi dilapah. Hati dan paru-paru serta kepala biri-biri tadi kami bawa pulang. Badannya secara menyeluruh akan diserahkan kepada seorang pemanggang kambing untuk dijamu kepada orang ramai pada hari majlis esoknya nanti. Kami pun beredar dan mengucapkan terima kasih kepada bos kambing dan para pekerjanya. Tempat ternakan kambing tu, walaupun tersembunyi kat belakang rumah-rumah orang, tapi sangat diketahui oleh pak-pak Arab yang suka makan kambing, atau yang ada kedai makan. Masa kami datang tu, tak kurang dari tiga orang Arab singgah kat situ.

Kerja melapah akan dimulakan oleh brader ni.
Mula-mula potong bulu kat perut.
Nampak sangat mudah kulit kambing disiat dari badannya. Bulu kambing tu aku plan nak buat seluar tidur.

14 Syawal 2012: Hantar Syahmie, sangkut di jalan

Pada hari ke-14 Syawal, aku dan isteri perlu hantar Syahmie pulang ke asrama di Gemencheh. Syahmie dapat cuti dua minggu pasal MRSM tempat dia belajar digunakan oleh pihak luar untuk aktiviti tertentu. Jadi cuti Syahmie dan semua pelajar MRSM Gemencheh lebih seminggu dari pelajar-pelajar sekolah lain. Kami bertolak dari KL selepas zuhur dan tiba ketika waktu asar. Setelah bersalaman dan membagi kata-kata nasihat dan perangsang untuk berjuang dalam pelajaran, kami pun beredarlah dari situ.

Bekalan makan minum untuk Syahmie di asrama.
"Okay, papa pergi dulu. Nanti cuti Hari Malaysia, papa datang lagi ambil Amie".
Dalam perjalanan, kami singgah sebentar kat gerai tepi jalan. Wife aku nengok-nengok barangan yang dijual, dan membeli beg anyaman untuk dijadikan beg telekung. Biasanya aku pulak akan membeli bekalan makanan ringan untuk dikunyah ketika dalam perjalanan. Atau kekadang, aku akan beli belacan, sama ada untuk digunakan dalam masakan, atau digunakan ketika membuat umpan memancing ikan. Entah kenapa, ikan di kolam memang suka benar dengan belacan bakar dari Melaka.

Sedang memilih beg anyaman.
Memang banyak barang kraft tangan yang cantik-cantik di sini.
Okay! Satu beg telekung telah dipilih.
Sewaktu kami pulang, traffic jam memang sangat teruk. Siput yang tua dan sakit demam serta patah kaki pulak tu, lagi cepat merangkak dari kenderaan atas highway. Bayangkan sendirilah betapa slow-nya. Kami nak try ikut highway LEKAS (Lebuhraya Kajang - Seremban). Tapi LEKAS tak menjadi LEKAS. Sebaliknya ia menjadi LAMBAT (Lebuhraya Memang Begitu Amat Terhegeh-hegeh). Jadi wife aku kata, apa kata kami singgah rumah sepupunya dulu kat sekitar Seremban untuk solat maghrib dan berehat, sementara menanti trafik lega sikit. Aku pun setuju.

Isteriku contact sepupunya, Jum dan mendapatkan lokasi rumah tempat mereka tinggal. Setelah round-round dan sesat sikit-sikit, akhirnya kami sampailah kat rumah teres - tempat kediaman Jum dan Safarudin. Kami disambut mesra oleh mereka. Aku memang tak pernah bersembang dengan Safarudin sebelum ni. Bagus jugak kami singgah kat situ. Dapatlah mengenali diri masing-masing dengan lebih akrab. Lepas makan sate yang sedap, dan minum teh panas yang sedap jugak, dan lepas tumpang solat, dan lepas berborak, dan lepas trafik agak-agak dah tak berapa jam, kami pun mintak diri untuk pulang. Memang trafik dah lega sikit malam tu. Tapi kami sampai rumah agak lambatlah pasal bertolak dari Seremban lambat. Tapi tidur kena cepat, pasal besok kena pergi kerja.

Bersama Safaruddin.
Safaruddin bersama aku.

Friday, September 21, 2012

12 Syawal 2012: Tengah malam mencari raya

Rumah terakhir yang kami pergi beraya pada Syawal hari ke-12 ialah rumah abang iparku, Abang Leman kat sebelah Ampang. Dari rumah Yanti, kami balik rumah dulu ambil ibu dan kakak ku. Kira kami sampai sana agak lewat jugaklah. Tetapi tetamu masih ramai. Kengkawan Ashraf memang ramai yang datang sebelah malam.

Bergambar di ruang tamu selepas makan.
Santai di atas sofa.
Bergambar dengan tuan rumah sebelum pulang.
Menjamah pisang celup cokelat.
Satu lagi shot sebelum pulang.
Aku terus pergi mendapatkan apa-apa makanan yang terhidang. Tapi yang special-nya malam tu ialah mi kari nyonya. Oleh kerana aku dah makan macam-macam ketika beraya sebelah siangnya, maka perutku dah semacam bergelodak sikit dan seleraku untuk makan pada malam tu agak berkurangan. Tapi aku tertarik jugak dengan chocolate fountain yang terhidang di depan rumah. Tapi fountain tu dah jadi macam paya ketika aku nak menjamahnya. Anak sulung Abang Leman, Ashraf tolong potong-potongkan buah pisang dan calitkan cokelat kat pisang tadi. Dan aku pun makanlah dengan enjoy. Sedap jugak makan pisang sadur dengan cokelat. Kat kebanyakan tempat jarang orang buat pakai pisang. Idea ni idea yang baru yang sangat menarik.

Amier dengan mikrofon buatan tangan. Mukamil yang ajar Amier.
Syahmie dan Wanie dah kenyang.
Lepak dan berbual dengan Abang Leman di ruang tamu.
Amier makan buah celup cokelat.
Semua orang sedang makan-makan.
Makan ringan-ringan aje.
Selepas selesai makan, aku duduklah kat ruang tamu sambil berbual dengan Abang Leman. Tiba-tiba aku terdengar bunyi alunan gitar dari dalam bilik Akid. Aku pun masuk ke bilik. Rupanya Ali sedang menggoreng gitar elektrik disaksikan Faiisal yang jugak ada kat situ. Aku join mereka. Kagum jugak aku dengan kebolehan Ali bermain gitar. Gitar elektrik tu Akid yang punya. Dia baru beli tak sampai sebulan lepas rasanya. Akid pun hebat jugak kalau main gitar. Aku ingat nak pinjam kejap. Nak jugak try main gitar baru milik Akid ni. Tapi aku nengok Ali begitu khusyuk main, jadi aku tak nak kacaulah. Lagi pun aku tak reti sangat main gitar ni. Sekadar nak mencuba aje. Bila Ali dah nak balik, barulah aku mintak tolong Ali suruh set-kan gitar tu untuk aku mencuba pulak. Ali pun pasangkanlah mana-man suis yang patut. Dan aku pun memulakan permainan.

Ali sedang menggoreng gitar.
Ali dan Faiisal sedang tunjuk skil masing-masing.
Aku bermula perlahan. Mula-mula main strum aje. Main lead aku tak reti. Tapi lama kelamaan, aku mula naik sheikh. Aku terus menggoreng bagaikan Slash bergabung dengan Man Kidal dan Hillary Ang. Dan gorengan ku semakin menjadi-jadi. Aku terus ambil gitar Akid tu dan terus menggorengnya dalam kuali. Siap pakai minyak panas lagi. Pasang api besar pulak tu. Gorengan gitar berlangsung sangat hangat sampaikan hangit. Bila aku check, rupanya gitar tadi dah hangus digoreng pasal api terlalu besar. Tapi dari permainan gitar ku tadi, aku telah menemukan beberapa chord dan key yang baru seperti key H# major sus-tagen dan key W flat minor dim sum. Aku jugak telah berjaya mencipta chord-chord baru dari chord H sampai chord Y. Aku hampir-hampir saja berjaya mencipta chord Z, tapi chord tu terlalu complicated dan memerlukan IQ muzik yang sangat tinggi. Setelah puas main, barulah aku bagi balik gitar Akid tu yang telah rentung digoreng. Sebelum pulang kami ucapkan terima kasih kepada Abang Leman, Kak Ita dan anak-anak. Kami turut dibekalkan dengan makanan yang pelbagai untuk dibawa pulang. Terima kasih sekali lagi untuk semua.

Ali dan Faiisal sedang mendendangkan lagu Enjit-enjit Kerengga.



12 Syawal 2012: Raya maghrib di rumah Yanti

Pada maghrib raya hari ke-12 kami tiba di rumah Yanti di sekitar Pandan Mewah. Setelah solat maghrib di surau berdekatan, barulah aku masuk ke dalam rumah untuk makan-makan. Waktu ni memang aku dah rasa sangat letih. Tak taulah letih berjalan atau letih makan. Pokok pangkalnya aku memang berasa letih. Jadi kami pun tak duduk lama kat situ. Lepas makan terus mintak diri untuk pulang. Terima kasih kepada Yanti dan suami kerana menjemput kami datang ke rumah.

Sedang makan juadah yang dihidang.
Syahmie makan nasi lemak.
Sabriena sedang lepak atas sofa.
Amier tak lekang dari i-pad.
Bergambar dengan Yanti.

12 Syawal 2012: Mencari Jalil di Puncak Jalil

Pada hari ke-12 Syawal, kami beraya di beberapa buah rumah. Salah satu rumah yang kami pergi ialah rumah kawan kami, Jalil. Rumah Jalil terletak di Puncak Jalil, yang tak jauh dari Bukit Jalil. Aku rasa, masa mula-mula nak beli rumah dulu, mesti Jalil dah plan nak cari satu kawasan perumahan yang sama dengan nama dia. Nasib baik ada kawasan Puncak Jalil ni. Kalau tak, mesti dia bingung nak duduk kat mana.

Syahmie makan lemang dan rendang.
Wanie pulak makan rendang dengan lemang.
Anak perempuan Jalil ni jugaklah yang sekarang membela salah seekor kucing kami dulu - Spottie. Spottie memang dijaga dengan baik sekali. Siap mandi, sabun, syampu, spa, sauna, pergi gym, salon, massage dan pakai baju cantik-cantik. Tak menyesal kami serahkan Spottie pada tuan yang sangat prihatin terhadap welfare Spottie. Tapi aku tak berkesempatan jumpa Spottie masa datang hari tu, pasal dia duduk kat dalam bilik. Macam mana pun, isteri aku, Wanie dan Amier berpeluang bermain-main dengan Spottie untuk seketika.

Kami makan sedikit juadah yang terhidang sebelum pulang. Masa tu dah lewat petang. Ada dua bijik rumah lagi yang kami kena pergi beraya. Kedua-dua rumah tu terletak jauh dari Puncak Jalil. Kami kena bergerak segera.

Bergambar dengan wife Jalil.
Mendukung Spottie.
Spottie nampak berisi. Senang hatilah tu...

12 Syawal 2012: Di rumah Kak Hazi

Dari rumah Kak Yati, kami terus ke Alam Damai. Kali ni untuk ke rumah Kak Hazi pulak. Kami sampai memang sangat lambat. Majlis dah nak berakhir pun. Tapi nasib baik kami dah makan kenyang-kenyang. Jadi, masa kat rumah Kak Hazi, kami cuma makan yang ringan-ringan aje, seperti kapas, bulu ayam, habuk dan angin. Tapi kami sempat makan dua perkara yang sangat menyelerakan di sana. Satu - cakoi goreng panas-panas. Cicah pulak dengan sos kaya yang lemak manis. Memang menambat selera. Dua - cendol sejuk segar. Satu gelas rasanya macam tak cukup. Dua item ni pun dah kira sangat bagus. Tatkala perut tengah kenyang, makanan ini amat sesuai untuk membuka semula selera. Di rumah Kak Hazi, kami tak duduk lama. Lepas makan, kami terus balik dan mengucapkan arigato!

Wanie sedang menikmati cakoi panas dan cendol segar.
Syahmie sedang cicah cakoi dengan sos kaya lemak manis.
Bergambar kenangan dengan tuan rumah.

12 Syawal 2012: Sedapnya laksa Johor Kak Yati

Aku dok bercerita pasal beraya pada Syawal hari ke-13. Terlupa pulak pasal raya hari ke-12. Meh aku story sikit pasal ke mana kami pergi pada hari ke-12 Syawal. Rumah pertama yang kami pergi ialah rumah Kak Yati kat belah-belah Kajang-Cheras. Aku memang dah kosongkan perut sebelum datang ke sini. Sebab aku tau kalau kat rumah Kak Yati mesti ada makanan best yang dihidangkan kepada kami. In fact aku dah start berpuasa sejak seminggu sebelum tu, tanpa makan apa-apa, pasal aku plan nak makan banyak-banyak kat rumah Kak Yati nanti.

Mendukung Sabriena.
Bersama Kak Yati di ruang tamu.
Rumah Kak Yati tersergam besar dan indah. Masa kami datang, dah ada tetamu lain yang sedang menjamu selera. Jadi kami biarkan tetamu-tetamu tu menikmati juadah yang dihidangkan. Sambil menunggu giliran untuk makan, kami lantak dululah segala jenis kuih muih, biskut raya dan segala apa benda yang ada kat dalam balang yang terletak di atas meja depan. Satu-satu balang kami habiskan isinya tanpa berasa malu.

Syahmie dan Wanie tak henti-henti menjamah kuih-muih raya.
Amier sedang asyik mengunyah maruku.
Syahmie dengan dua balang makanan yang akan dikosongkan sebentar saja lagi.
Oh, tidaakkk!! Amier dah jumpa kerepek kegemarannya - kerepek bawang!!!
Bila tetamu yang awal tadi dah beredar, aku pun menjerit, "Yahooo!!!" Kini giliran kami untuk makan pulak. Dari ruang tamu aku dah terhidu masakan yang hebat - laksa Johor. Laksa Johor kat rumah Kak Yati memang sangat hebat, walau pun tak dimasak di Johor. Sebaliknya sekadar dimasak di KL aje. Aku dengan segera mencapai mangkuk dan memasukkan isi dan rencah laksa Johor ke dalam mangkuk. Lalu kuah ku tuang sampai penuh mangkuk. Dan dengan garfu dan sudu terhunus, aku dengan pantas mencedok isi mangkuk dan menyuapkan ke dalam mulutku. Alangkah terasa betapa nikmatnya memakan makanan yang hebat ini.

Jom makan laksa Johor yang sedap ini.
Lepas makan laksa Johor, mesti makan soto pulak.
Bertambah-tambah aku makan sampaikan tak ingat tetamu yang bakal datang selepas kami. Perjalanan makanku masih beluh selesai lagi. Aku capai pulak rencah-rencah dan bahan-bahan soto. Kuah sup soto pulak kuisi ke dalam mangkuk. Kini aku makan pulak soto yang tak kurang sedap dan enaknya. Badanku yang kurus macam lidi, kini telah membulat macam badan badak air yang obese. Aku dah bagaikan tak boleh bergerak kerana terlalu kenyang. Aku cuma mampu bergolek macam bola aje. Aduh! Memang sangat puas aku makan pada siang tu.

Amier sedang mencari ilham untuk mencipta lagu mengenai dugong-dugong di dunia ini.
Setelah puas makan, kami ke ruang tamu sekali lagi. Amier dan Wanie sibuk main piano. Bingit seketika rumah Kak Yati dengan bunyi piano yang dimainkan oleh anak-anakku. Selepas seketika, kami mohon diri untuk beredar. Aku ucapkan terima kasih sambil bagi complement pada Kak Yati kerana masakan yang sedap yang dihidangkan kepada kami tadi. Okay, tahun depan kami datang lagi. Tanpa jemu-jemu.

Amier siap bawak bekal dalam tangannya.
Lepas ni kita balik.