m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, July 11, 2015

TTC lawan UIA friendly: Pesaing yang hebat

Bahagian 1

7 Mac 2015 -Menjadi kelab tenis yang kedua paling aktif di DUNIA (bagi kelab-kelab tenis yang berdaftar dengan Global Tennis Network), maka sudah tentulah segala macam aktiviti yang bersangkut paut dengan tenis dijalankan berterusan. Non-stop! Antara aktiviti yang pernah dijalankan adalah perlawanan tenis persahabatan dengan team dari Universiti Islam Antarabangsa. Perlawanan kali ini agak mencabar, pasal kami lawan dengan team yang ada title ANTARABANGSA. International tuuuuu!!! Tapi kami menyahut cabaran ini dengan dada terbuka. Bukan membuka dada ya!

Faiz mengadu nasib kepada Ashraf mengenai beban kepayahan menjadi pengendali skuad TTC kali ini.
Pasukan tenis UIA sedang membuat warm-up. Nengok diorang buat warm-up aje pun dah macam terpegun aku dibuatnya.
Pemain single rank nombor satu di TTC, Faiz telah diamanahkan untuk menjadi kapten dan pengendali perlawanan kali ini. Dengan berasa sepenuh tangggungjawab, Faiz telah menggalas tugas ini dengan kesungguhan hati. Faiz telah membuat percaturan yang sangat teliti untuk memastikan team-team double yang digabungkan akan membuahkan kemenangan berganda bagi Team TTC.

Qimie dan Aril sangat bersemangat pada pagi raya yang hening ini.
Kapten dan mentor Team UIA - Issyam - memastikan kesemua pemain mengikut plan strategi permainan yang telah ditetapkan.
Arafat berpeluh lencun ketika membuat warming-up. Belum main lagi tu! Biasanya bila mula bermain, Arafat akan pakai baju swimming suit.
Arafat pekena air kuat sekejap biar lebih power.
Sebahagian daripada Team TTC - Arif, Lengchai, Aril dan Sogol.
Para pemain sedang menantikan Faiz memberi arahan kepada mereka.
Kami datang awal. Maka terlebih dahulu kami buat warm-up dululah bagi memantapkan momentum permainan kami sebelum bertarung dengan team UIA yang memang terkenal dengan sentuhan yang berbisa mereka. Lebih-lebih lagi apabila diketuai oleh pemain hebat UIA seperti Issyam.

Sebenarnya, masa ni tangan aku tengah sangat sakit kat bahagian bawah bahu. Nak pukul kuat, pukul backhand dan nak buat servis, semuanya sangat menyakitkan. Sebenarnya aku tak berharap dapat main lawan Team UIA pun. Sekadar hadir untuk pukul-pukul santai dengan teman-teman TTC serta memberi sokongan padu kepada kengkawan yang mewakili TTC menentang UIA.

Perlawanan terawal. Arafat dan Chinmay mewakili TTC.
Perlawanan kedua. Qimie dan Ikrami mewakili TTC.
Masing-masing penuh konfiden untuk mengalahkan lawan masing-masing.
Antara pasangan yang terawal memulakan perlawanan dengan Team UIA adalah gandingan Arafat-Chinmay dan gandingan Qimie-Ikrami. Kalau tak silap aku (maklumlah dah lama sangat, takut terlupa), kedua-dua wakil TTC ini telah memenangi perlawanan masing-masing. Berapa kiraan matanya aku tak pulak tau. Dua team awal TTC menang. Maknanya kedudukan sekarang adalah TTC-2 dan UIA-0. Tahniah buat Arafat, Chinmay, Qimie dan Ikrami.

Ikrami tetiba terasa macam nak tumbuk umpire. Dush!
Ashraf sedang memasang grip baru bagi memastikan cengkaman harimau yang mantop pada reket tersebut.
Ikrami makan kuih power bagi meningkatkan tahap metabolismanya.
Chinmay dalam proses membuat servis power.
Dan pukulan power pun dilaksanakan.
Wah! Power sungguh pukulan itu. Bagaikan power bank!
Sogol dan Lengchaisudamani berehat sebelum bertanding di dalam court.
Arafat dan Chinmay masih lagi bertanding sengit.
Faiz sedang berbincang dengan Encik Presiden Faizal mengenai jualan kuih-muih pada hari raya tahun ini.
Ikrami dan Qimie sedang bersiap-siaga menanti bola dari pihak lawan.
Servis kencang dari Team UIA.
Ashraf sedang mencuba untuk menarik tempat duduk besi dengan menggunakan tali. Berat jugak kerusi besi ni ya?
Pasangan Team UIA yang berlawan dengan Arafat-Chinmay.
Ashraf masih belum berputus asa. Kerusi besi masih tetap ingin ditarik dengan tali kapal.
Aksi Arafat dan Chinmay di gelanggang grass court.
Para pemain TTC menanti nama mereka dipanggil oleh Faiz.
Team UIA yang ini agak handal. Memberikan tetangan yang sengit ketika menentang Faizal-Ashraf.
Perlawanan selanjutnya adalah gandingan adik-beradik TTC Ashraf-Faizal pula yang memang dah sangat serasi bila disatukan sebagai sebuah team double. Dan satu lagi pasangan ialah gandingan Faiz-Amir yang jugak merupakan pemain-pemain top dalam TTC. Dan bagaimanakah mereka beraksi dalam pertembungan ini? Sama-samalah kita saksikan dalam episod yang akan datang.

Bersambung...

Aksi Faizal-Ashraf.
Ashraf membuat servis. Faizal menunggu di jaring.
Para penonton yang budiman.
Pemain UIA ini memberikan tentangan yang hebat ketika menentang Team TTC yang diwakili oleh Faiz dan Amir.
Amir mengesat habuk yang masuk ke dalam mata.
Inspektor Sahab Azizul sedang membuat penyamaran dan siasatan forensik terhadap permainan pihak UIA.

No comments:

Post a Comment