m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, July 20, 2015

1 Syawal 2015 di rumah Mak Teh: Tempat berhimpun

Bahagian 1

17 Julai 2015 - Sebelum masuk bulan Syawal, Kak Timah ada menyuarakan kesanggupannya untuk menjadi tuan rumah tempat adik-beradik, sanak-saudara berhimpun. Setelah dipersetujui oleh semua pihak, maka di situlah tempat kami berkunjung untuk bertemu dengan kesemua adik-beradik dan sanak-saudara yang lain. Tetapi entah macam mana, rupa-rupanya mesej perhimpunan itu telah dihantar secara tak sengaja ke beberapa orang pemimpin tertinggi parti-parti politik di Malaysia. Maka ketika kami sampai di rumah Kak Timah, kami nengok ada banyak sungguh kenderaan yang diparkir di sekitar rumah. Malah sampai ke tengah jalan pun ada kereta yang diparkir. Secara berasak-asak, aku pun masuklah ke dalam rumah Kak Timah untuk menyiasat apa yang telah terjadi. Rupa-rupanya, ahli-ahli politik parti UMNO, PAS dan PKR telah berhimpun di situ untuk beraya bersama-sama. Malah PM dan TPM pun ada kat situ tengah makan kacang pol dengan roti.

Lalu aku mendapatkan sebiji mikrofon dan mula membuat pengumuman, 

"Assalamualaikum tuan-tuan sekelian! Kat rumah ni adalah untuk perhimpunan ahli keluarga dan taulan kepada kerabat Allahyarham Hj Atan Bakri sahaja. Bukannya tempat berhimpun untuk parti-parti politik UMNO, PAS mahupun PKR." 

"Oh! Ya ke?" tanya PM Najib. "Kira kami ni semua salah rumahlah ya?"

"Jomlah kita cari tempat lain", sampuk Anwar.

"Jom", setuju Hj Hadi.

"Kedai mamak pun okay jugak", sahut TPM Muhyiddin.

Dan mereka semua pun beredarlah dari situ hampir serentak. Barulah aku dapat meletakkan keretaku di tempat yang wajar. Dan mujur jugak makanan di rumah Kak Timah masih banyak. Bolehlah aku menjamah dan makan-makan mengisi perutku yang lapar.

Syahmie melayan Sabriena minum air.
Jejaka hensem teruna - Akid dan Faiisal.
Mukamil dan Mukamil sedang enak menjamu selera.
Tuan Koas dan Saleh berbaju raya.
Amier makan dengan penuh berselera sekali.
Sabriena masih dengan minuman perasa orennya.
Keluarga Abang Zahid dan Kak Uda berpakaian sedondon warna peach.
Denden di samping dua orang bapa saudaranya - Syafiq dan Saiful.
Abby dan Ali ceria di siang raya.
Kekanda-kekanda dan anak-anak saudara kepada isteriku.
Fai sedang merenung ke luar jendela, bayu pagi meniup lembut...
Adik beradik Amin dan Yaya.
Gaya standard Nicha, dengan backdrop Kak Piah.
Antara menu istimewa yang disajikan pada hari itu adalah masakan kacang pol dengan roti. Serta air kopi Turki yang diimpot khas dari New Zealand. Aku pulak membawa lemang empat batang yang kubeli di Taman Kosas. Rupanya kat rumah Kak Tmah dah ada berhimpun lemang kat dapur. Dekat lima tan kesemua lemang tu kalau ditimbang. Tak apalah. Siapa-siapa yang berhajat, boleh saja bawak balik ke rumah.

Mama Nana dangan baby Falique.
Sepupu rapat Wanie dan Intan. Bila bersama Intan, barulah nampak Wanie tersenyum.
Ali sedang mengambil gambar pemandangan sawah padi yang luas terbentang di belakang rumah.
Pakar membuat air antarabangsa - Faiisal sedang melaksanakan misi rahsianya.
Setelah makan dan berborak panjang, isteriku telah menyuruh kesemua anak-anak saudara kami yang ada kat situ untuk beratur panjang. Nombor giliran diberikan kepada setiap anak saudara. Lalu isteriku mengeluarkan sarung angpau berisi duit kertas yang nilainya tak dapat didedahkan di sini. Setiap anak saudara akan bersalaman dan bermaafan dengan isteriku sebelum mendapatkan angpau yang spesel itu. Ada yang siap bersilat pulut sebelum menghulurkan tangan untuk bersalaman. Tak kiralah sama ada anak saudara itu dah berkahwin atau pun belum, dah bekerja atau pun belum, gaji kecil atau pun besar. Semua dapat merasa mendapat habuat duit raya dari Mak Usunya.

Bersambung...

Duit raya mula diagihkan. Anak saudara pertama yang mendapatkannya adalah Saleh.
Cucu Denden turut mendapat duit raya dari Granny-nya.
Nana dapat duit raya.
Saiful dapat duit raya.
Intan dapat duit raya.
Syura dapat duit raya.
Syafiq dapat duit raya.
Amin dapat duit raya.
Ika dapat duit raya.
Jejaka misteri dapat duit raya. Namanya ialah Syauqi.
Nicha dapat duit raya.
Syakirah dapat duit raya.
Yaya dapat duit raya.
Mukamil dapat duit raya.
Faiisal dapat duit raya.
Akid dapat duit raya.
Akid dapat duit raya dua kali?????
Ali dapat duit raya.
Wawan dapat duit raya. Anak dan ayah dapat duit raya dari isteriku.


No comments:

Post a Comment