Bahagian 2 (Akhir)
Kami masih lagi kat rumah Kak Timah sambil menjamu kacang pol dengan roti. Sambil itu, anak-anak buah masih lagi beratur panjang untuk mendapatkan subsidi BR1M dari isteriku. Semua menerima duit raya tanpa berasa segan dan silu. Pemberian ini lebih berupa suatu tradisi yang memberi sedikit warna keceriaan kepada hari yang diraikan ini.
Elin dapat duit raya. |
Koas adalah yang terakhir mendapatkan duit raya dari Mak Usunya. |
Setelah kesemua anak-anak saudara yang ada di situ memperolehi habuan masing-masing, maka tibalah pula sessi bergambar beramai-ramai. Acara bergambar ini mengikut kategorinya sendiri. Mula-mula kategori ahli keluarga lelaki. Aku tergolong dalam kelompok ini. Aku dan Abang Zahid berdiri di atas kerusi di sebelah belakang sebagai background. Malangnya kat bahagian ni lighting tak berapa ceria. Maka nampaklah wajah kami agak kesamaran. Tak apalah. Biar wajah anak-anak yang hensem-hensem lebih terserlah. Bapak-bapak okay aje kat sebelah belakang.
Kaum bapak-bapak berkumpul dan bergambar. |
Aku dengan Abang Zahid berdiri di belakang. |
Gelaplah pulak kelibat kami. |
Free style dari kami. |
Selanjutnya ahli keluarga yang perempuan pulak yang beratur untuk bergambar. Kelompok yang ini tak seramai yang lelaki. Selepas ini kategori anak-anak dara pulak. Dan group ini semakin mengecil. Sebenarnya masih ramai lagi sanak-saudara yang tak ada pada perhmpunan kali ini. Bukan kesemuanya dapat hadir serentak. Ada yang dah pulang. Ada yang masih beraya dengan keluarga masing-masing di tempat-tempat lain. Kalau dikumpulkan kesemuanya, harus penuh sesak rumah Kak Timah. Kena panggil polis trafik untuk menjaga kelancaran lalu-lintas.
Kaum ibu pulak di pentas peragaan. |
Di sini ada enam orang mak saudara dan sepuluh orang anak saudara. |
Free style dari kaum ibu. |
Free style yang lain pulak. |
Anak-anak dara. |
Ramai lagi yang tak hadir pada kali ini. |
Berpakaian warna-warni. |
Free style from the girls. |
Terkejut pasal tak sangka dah hari raya. |
Kelakar sebab ada orang buat lawak seram. |
Pose dari sisi pulak. |
Sabriena dan Ika. |
Ika dan Sabriena. |
Berpakaian sedondon. |
Saleh dan Mukamil sedang melihat handphone dari kedai OPPO. |
Keluarga Abang Zai dan Kak Long datang agak terlewat sedikit. Setelah mereka menjamu selera, kami adakan sedikit tahlil pendek serta doa tahlil. Kemudian duduk lepak sampai asar. Sampai dah nak menjelang maghrib. Selepas ini kami akan jadi hos tuan rumah pulak. Kami ajak seluruh sanak-saudara untuk beraya di rumah kami pulak. Dan kemudian ke rumah Kak Uda. Dan kemudian ke rumah Kak Long. Maka kami perlu berangkat dulu. Jumpa lagi sebentar lagi.
TAMAT.
Abang Zai dan Kak Long baru sampai dan kini sedang menjamu selera. |
Abang Leman sedang menikmati kopi Turkish Delight. |
Ali sedang memberi sepenuh fokus terhadap telefon bimbitnya yang dibeli dari kedai OPPO. |
Bersama Syauqi. |
Faiisal sedang makan makanan yang dibeli dari OPPO jugak. |
Akid agak geram sambil menelan air liur, kerana Saiful tak mempelawanya untuk makan. |
Faridz terasa ditipu pasal membeli handfon ini dari kedai OPPO. |
Akid dan Faridz sedang makan nasi yang telah dimasak sendiri. Tetapi pinggan tu telah dibeli dari kedai OPPO. |
Anak beranak. Abang Leman sedang menunjukkan arah ke kedai OPPO. |
Taufiq sedang makan. Ardy pulak terfikir nak pergi ke kedai OPPO selepas ni. |
Kamelia sedang makan aiskerim jenama OPPO. |
Perbincangan adik-beradik mengenai kedai OPPO. |
Anak-anak saudara sedang ber-selfie dengan menggunakan kamera OPPO. |
"OPPO kono eh jang?" "Arek mangan OPPO?" Begitulah kata-kata yang terhambur keluar dari mulut mereka. |
No comments:
Post a Comment