19 April 2015 - Hari tu hari Ahad. Tulat baru birthday Syahmie. Tapi masa tu Syahmie dah nak kena balik asrama di Gemencheh. Jadi kami pakat-pakat nak sambut birthday Syahmie tiga hari lebih awal. Syahmi tak kisah. Syahmie memang selalu tak kisah. Dia simple aje. Menurut aje kehendak mama dan papanya.
|
Kek birthday Syahmie yang cantik. |
|
Dipenuhi dengan strawberi di luar, dalam, tepi, atas, bawah dan di semua tempat. |
|
Sedang menanti kesemua ahli keluarga berkumpul di ruang tamu. |
|
Tiga beranak dan sebiji kek. |
|
Seisi rumah telah di sini. Wanie masih kat asrama. Tak dapat join untuk meraikan. |
|
Amier dan Sabriena dah tak sabar-sabar nak menyanyikan lagu Happy Birthday. |
Kami belikan kek di sebuah kedai kek berdekatan. Mama yang pilih kek untuk Syahmie. Kek tu penuh dengan strawberi. Selak strawberi baru nampak kek. Aku pun dah tak ingat apakah menu makanan malam pada hari itu. Tapi selepas makan malam, barulah kami hidangkan kek bersulam strawberi yang nampak cantik tu. Macam biasa, kami nyanyi lagu Happy Birthday dulu beramai-ramai. Lepas nyanyi, barulah Syahmie potong kek. Masa tu Wanie dan Farid tak ada. Mereka kat tempat pengajian masing-masing. Kat asrama. Cukuplah sekadar kami yang meraikannya.
|
Bersedia untuk memulakan nyanyian. |
|
Menyanyikan lagu Happy Birthday beramai-ramai. |
|
Masih menyanyi lagi. |
|
Selesai sebuah lagu pendek untuk Syahmie. |
|
Syahmie memotong kek. |
|
Tak tahu nak potong macam mana, pasal atas kek terlalu banyak strawberi. |
|
Syahmie masih pening tak tahu nak potong kek cara bagaimana. |
|
Potong kek macam potong sayur ajelah. |
|
Atau nak potong kek macam potong ikan? |
|
Aaaaahhhh! Hentam sajalah... |
Sambil tersipu malu, Syahmie potong kek strawberi tu secara berhemah. Lepas tu kek diagih-agihkan kepada seluruh ahli keluaarga yang ada kat ruang tamu tu. Masing-masing dapat sepotong. Dan kami pun makanlah. Strawberinya tak begitu masam. Sedap jugak. Lepas makan kek, kami pun kemas meja. Sekianlah kisah menyambut birthday Syahmie yang serba ringkas.
|
Lepas ni kena bahagi-bahagikan kek ni kepada semua orang. |
|
Masa untuk makan kek. |
|
Sedap jugak rasanya. |
|
Semua orang tengah enjoy makan kek strawberi. |
|
Kek ni terlalu besar. Tak boleh nak dihabiskan sekali hadap. |
No comments:
Post a Comment