18 Julai 2015 - Agak lama jugak kami
beraya di rumah Wak Ros. Dari situ kami terus ke rumah Makcik Mini. Lima minit drive dah pun sampai. Dekat aje. Aku terus mencari tempat letak kereta yang strategik, biar senang ketika nak bergerak pulang nanti. Rumah Makcik Mini terletak betul-betul menghadap jalan utama yang besar. Kenderaan yang bergerak kat jalan tu kesemuanya laju-laju macam F1. Nak keluar masuk kat rumah Makcik Mini memang sangatlah mencabar. Aku sendiri pernah terlibat dalam satu kemalangan kecil ketika nak masuk ke pekarangan rumah Makcik Mini satu masa dulu. Nasib baik kesemua pemandu dan penumpang selamat.
|
Ayahku berehat di atas sofa empuk. |
|
Juadah istimewa yang telah disediakan oleh Makcik Mini. |
Sampai-sampai aje, kami terus ke dapur pergi menghadap makanan yang telah pun terhidang. Menu biasa apabila kami berkunjung ke rumah Makcik Mini adalah daging masak lemak cili api. Makcik Mini biasanya akan masak masakan ni dalam dua versi. Satu, versi kurang pedas - untuk kami. Dan satu lagi versi sangat pedas - untuk anak-beranak Makcik Mini. Dan kadang-kadang ada satu lagi versi - lemak cili api membakar! Kalau masak versi ni biasanya Makcik Mini akan panggil Bomba. Takut-takut cili api tu terlalu marak membakar. Pada hari tu dengar khabarnya yang masakkan untuk kami adalah sepupuku, Hisham yang telah mewarisi banyak masakan dari ibunya. Sampingan kepada daging masak lemak cili api tadi ialah ikan tenggiri jeruk goreng. Padanan ini memang sangat membuka selera. Memang akan bertambahlah kalau makan.
|
Wanie yang agak bosan telah menghabiskan masa dengan mengunyah kuih raya sampai habis. |
|
Syahmie telah menjumpai satu port yang sesuai untuk dia berehat. |
|
Pakcik Tahar dan anak-anaknya - Fazura dan Shimi. |
|
Sabriena bermain dengan dua pupunya di dalam bilik sambil tergelak besar. |
|
Seronoknya Sabriena bermain dengan mereka. |
|
Sabriena dengan game gadget-nya. |
|
Syahmie minum teh tarik. Amier sibuk dengan i-phone. |
Setelah puas makan, kami pergi ke bilik Makcik Mini untuk solat zuhur. Masa tu, kat luar rumah matahari sedang memancar terik. Cuaca sangat-sangat-sangatlah panas. Syukur. Kita tak boleh komplen walau cuaca apa pun yang Allah dah sediakan untuk kita. Ada hikmah yang selalunya kita tak tahu. Aku telah membasahkan seluruh kepalaku. Biar sejuk sikit. Selepas solat, barulah aku ke ruang tamu untuk menjamu kuih-muih raya. Dan satu lagi menu istimewa Makcik Mini, yang juga telah diwarisi oleh anaknya, Hisham adalah teh tarik kaw. Kami pun terus tuang air teh ke dalam cawan masing-masing dan meminumnya dengan penuh enjoy.
|
Ibuku memberi satu thumb-up kepada teh tarik kaw Makcik Mini. |
|
Tiga beradik di petang raya. |
|
Ibuku dengan adiknya, Makcik Mini. |
|
Wanie zoom in. |
|
Syahmie zoom in. |
|
Amier zoom in. |
Selepas makan dan minum, kami duduklah lepak-lepak sehingga isyarat untuk beredar diberikan. Kami bersalaman dan bermaafan seperti lumrahnya. Dan destinasi selanjutnya adalah rumah Sutris. Diberitakan Sutris ada rumah baru, di lokasi baru. Itulah yang kami nak find out. Dan menziarah sambil beraya. Jom chow!
|
Bersama Wanie. |
|
Bersama Syahmie. |
No comments:
Post a Comment